Dalang Sebenar Pembunuhan Rakyat Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Berita Televisyen Mesir Yang Telah Kembali Ke Zaman Mubarak Kerana Menyiarkan Berita Berat Sebelah Selepas Berlaku Rampasan Kuasa :

Laporan yang disiarkan kenyataan rasmi berkaitan pembunuhan beramai-ramai di hadapan Pejabat Pengawal Republik mendakwa, jam 4 pagi mereka dikejutkan dengan serangan ‘kumpulan pengganas’ yang cuba menceroboh pejabat tersebut dan tentera terpaksa bertindak mempertahankan diri.

Tentera juga menurut mereka, berjaya memberkas beberapa orang ‘pengganas’ dan turut merampas senjata api yang dimiliki, menurut laporan berkenaan. Lihat, versi melalui televisyen Mesir bercanggah benar apa yang berlaku. Di mana pengganas tersebut? Adakah mereka menunaikan solat Subuh didakwa pengganas?

Dr.Esom Eryan, Naib Presiden FJP melaporkan : “4 orang kanak-kanak yang terbunuh ditembak askar Subuh tadi telah dikenalpasti selain 31 orang mangsa korban yang lain. Sementara 9 orang mangsa korban masih belum dikenalpasti. Terdapat kenderaan yang cuba membawa mayat ke bilik mayat tetapi masih belum tiba disebabkan kesesakan lalulintas. Maka hingga kini tidak diketahui secara tepat bilangan mereka yang dibunuh.

Ribuan rakyat sedang membanjiri dataran Raba’ah dan dataran-dataran seluruh negara bagi menyahut seruan Ikhwan Muslimin dan Gabungan Kebangsaan Menyokong “Syariyah” dengan menamakan himpunan sebagai “Milyonah As-Syahid” bagi mengutuk tragedi “Subuh Berdarah”

Facebook “Misr25”: Terdapat askar Mesir yang enggan melepaskan tembakan kepada rakyat ditangkap dan dibunuh. Antaranya As-Syahid Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi, seorang askar berusia 22 tahun dibunuh oleh pegawai berpangkat tinggi kerana enggan melepaskan tembakan kepada rakyat.

Nama Syuhada'

Senarai Nama Yang Terkorban Dalam Tragedi “Subuh Berdarah”

Angka korban syuhada’ “Solat Subuh di Bangunan Pengawal Republik terus meningkat..senarai yang tertera bukan 35 orang, tetapi kini meningkat kepada 76 orang dari pelbagai wilayah.

“Semoga Allah merahmati roh mereka”

Tuduhan Palsu Ke Atas 9 Orang Yang Disyaki Punca Pembunuhan “Subuh Berdarah”

Pejabat Peguam Negara memerintahkan tangkapan 9 orang pemimpin Ikhwan dan kumpulan Islam kerana dituduh bersubahat dan punca berlakunya tragedi berdarah “Solat Subuh” di hadapan Bangunan Pengawal Republik dua hari lalu.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Sembilan orang yang dikehendaki itu, mengetuai senarai ialah Mursyidul Am Ikhwan, Dr.Mohammed Bad’ie, Dr.Mohammed El-Beltaji (AJK FJP Pusat), Dr.Sofwat Hijazi (Setiausaha Agung Majlis Revolusi), Dr. ‘Esom Eryan (Naib Presiden FJP), Abdur Rahman ‘Izz (bekas pemuda 6 April), Dr.Mahmoud Ezzat (Naib Mursyidul Am Ikhwan), ‘Esom Sultan (Naib Presiden Parti Wasat), ‘Asim Abdul Majid (Anggota Majlis Syura Jamaah Islamiyah), Sofwat Abdul Ghani (Naib Presiden Parti Bina wa Tanmiyah) dan Mahmoud Husein (anggota Maktab Irsyad Ikhwan).

Yang hairannya, yang menembak mereka semasa solat subuh ialah polis dan tentera tetapi yang dituduh puncanya ialah Ikhwan dan kumpulan Islam.

Dalang Sebenar Pembunuhan Beramai-Ramai Rakyat Mesir (Penyokong Dr. Mursi)

Ikhwanonline: Sumber yang dekat dan dipercayai maklumat rahsia bahawa operasi pembunuhan beramai-ramai “Solat Subuh” di hadapan Kelab Pengawal Republik awal Subuh kelmarin adalah desakan dari kumpulan “Tamarrud”.

Menurut sumber berkenaan, kumpulan “Tamarrud” yang meminta askar agar segera meleraikan himpunan menyokong Mursi kerana dilihat ia mampu memberi ancaman kepada kumpulan Tamarrud berdasarkan bilangan yang menyertai himpunan saban hari semakin meningkat.

Untuk makluman, “Tamarrud” merupakan sebuah jawatankuasa kempen bagi mendesak Mursi meletak jawatan dan berusaha mengumpulkan tandatangan rakyat bagi menggulingkan Mursi. “Tamarrud” bermaksud “pemberontakan”.

 

Statistik

Statistik Hak Asasi dan Kebebasan selepas Rampasan Kuasa Tentera di Mesir.

– 157 orang syahid
– 1850 orang cedera
– 690 orang ditahan
– 7 stesyen TV ditutup

AL-Masreyoon : menyatakan Dr. Hazim Al-Bablawi telah dilantik secara rasmi mengetuai kabinet menteri (Perdana Menteri) dan El Baradei (*Presiden Parti Ad-Dostour/Penyelaras Barisan Penyelamat Tanahair yang berperanan besar menggerakkan rakyat Mesir melakukan pemberontakan ke atas Presiden Muhammad Morsi) pula sebagai Timbalan Presiden.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

3 thoughts on “Dalang Sebenar Pembunuhan Rakyat Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *