Cara Memohon Pengundi Tidak Hadir (PTH)

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

1.Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos sebagai pengundi tidak hadir PTH dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang sekiranya memenuhi semua syarat-syarat berikut:

–♠Warganegara Malaysia
–♠Pemilih Berdaftar

Pengundi Tidak Hadir PTH Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa; dan

–♠Menetap di luar negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat danYala), Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia.

Pengundi Tidak Hadir PTH

2. Warganegara Malaysia yang telah memenuhi syarat-syarat di atas dan telah berdaftar sebagai pemilih selain dari Pengundi Tidak Hadir PTH boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi secara pos sebagai Pengundi Tidak Hadir PTH dengan melengkapkan Borang 1B bermula 21 Januari 2014 sehingga jam 12.00 tengah malam hari pembubaran Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

3. Borang 1B boleh dimuat turun dari laman web SPR dan perlu dihantar ke Ibu Pejabat SPR, Putrajaya melalui salah satu kaedah penghantaran seperti berikut:

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

–♠Melalui e-mel kepada upup@spr.gov.my; atau
–♠Melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192; atau
–♠ pos ke alamat:

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

(u.p.: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

4. Semua pemohon Pengundi Tidak Hadir PTH perlu menentukan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdekat dalam Borang 1B bagi tujuan penerimaan Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas-kertas undi pos untuk Pengundi Tidak Hadir PTH.

5. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Singapura, wilayah Selatan Thailand (Pattani, Satun, Songkhla, Narathiwat danYala) Brunei, dan Wilayah Kalimantan Indonesia mesti pulang ke Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi pada hari mengundi .

6. Sebarang pertanyaan tentang Pengundi Tidak Hadir PTH boleh ditujukan kepada Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, En. Airul Azhar Mat Nasit di alamat email aazhar@kln.gov.my dan nombor telefon +855 16 815 086.

 

**Salinan Borang 1B boleh dimuat turun di pautan:
www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Borang_1B.pdf

**Panduan Mengisi Borang 1B boleh disemak di pautan
www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Panduan_Mengisi_Borang_1B_edited_21jan2013.pdf

**Contoh Untuk Mengisi Borang 1B boleh dilihat di pautan:
www.spr.gov.my/images/stories/pdf/Contoh%20Pengisian%20Borang%201B%20_1.pdf

 

SUMBER :
www.kln.gov.my

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *