Syarat Kelayakan Mengundi Melalui Pos
- Penjawat awam yang berkhidmat di perwakilan luar negara serta pelajar sepenuh masa di luar negara
- Rakyat Malaysia yang berdaftar serta bermastautin di luar negara
- Semua petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, layak memohon untuk mengundi melalui pos.
Borang Permohonan Mengundi Melalui Pos SPR
Borang boleh dimuat turun di laman rasmi SPR http://www.spr.gov.my/ pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Petugas media yang ingin mengundi melalui pos perlu melengkapkan permohonan serta mendapat pengesahan majikan sebelum dihantar kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan menerusi faks, pos atau menyerahkannya sendiri.
Tarikh Tutup Penghantaran Borang Bagi Yang Mengundi Melalui Pos .
Tarikh akhir menghantar borang ialah pada hari ketiga selepas penamaan calon, petugas media yang layak (mengundi secara pos) akan menerima sampul keutamaan, antara lain mengandungi kertas undi untuk calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing.
SUMBER :
www.spr.gov.my