Banjir Besar Buatan Israel Di Palestin

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Israel telah membuka Empangan Wadi sofa Empangan di sebelah timur Rafah (di selatan Semenanjung Gaza) yang telah mengakibatkan banjir. Ratusan penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal mereka yang ditenggelami air.

Issa Nashar, Datuk Bandar Rafah telah mengesahkan kejadian itu pada hari Ahad yang lalu dengan berkata , “Israel memang telah membuka empangan yang menyebabkan banjir di kawasan jiran di Gaza sehingga 1 meter dalam”.

Kejadian ini berlaku selepas ribut Alexa yang melanda Timur Tengah yang telah menyebabkan bencana kemanusiaan di kawasan yang paling teruk di rantau ini.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Di Semenanjung Gaza , sekurang-kurangnya seorang dilaporkan telah terkorban akibat perubahan cuaca yang aneh dan hampir 5,000 orang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka tidak boleh didiami .

Menurut akhbar Yedioth Ahronoth Israel , hujan lebat yang membawa kepada takunagn air yang berlebihan yang tidak boleh dialirkan keluar sehingga pihak berkuasa Israel terpaksa menghalakan pergerakan air yang berlebihan ke dalam Semenanjung Gaza. Itu adalah jawapan regim zionis untuk menjastifikasikan tindakan mereka.

 

SUMBER :
Dr Zainur Rashid Zainuddin
www.middleeastmonitor.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *