Di dalam gambar ini menunjukkan satu Khat tulisan Arab yang memetik satu ayat dari ayat-ayat Al-Quran iaitu dalam surah {Al-Ghasyiah : 17}
أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
Maksudnya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?
Allah SWT memberi kiasan kepada manusia, tidakkah manusia melihat bagaimana kelebihan yang telah Allah SWT ciptakan pada seekor unta…
Antara kelebihan yang ada pada unta ialah :
1) Struktur tubuh badannya tidak terkesan dengan cuaca panas padang pasir dan tahan untuk hidup disekitarnya.
2) Unta boleh bertahan tanpa air atau makanan, dan ada yang mengatakan bonggol dibelakang unta itu adalah tempat simpanan airnya @ makanannya.
3) Dapat mengangkat bebanan yang sangat berat, samada melalui padang pasir atau mendaki bukit. Di gunung Tursina misalnya, ada berpuluh-puluh unta yang turun dan naik ke atas gunung untuk membawa manusia dan barang-barang.
4) Tapak kakinya yang sangat keras sesuai dengan semua bentuk mukabumi yang dilaluinya, bahkan ianya seperti kerasnya tanduk dan ada dua cabang seperti jari.
5) Bulu badannya yang dicipta khas untuk menahan panas terik padang pasir dan bulu matanya juga diciptakan khas untuk menangkis debu-debu pasir dari masuk ke dalam mata…
*Ada 1001 lagi kelebihan yang Allah ciptakan pada unta, itu baru unta belum lagi ciptaan-ciptaannya yang lain. Sesungguhnya cukuplah itu menjadi tanda kekuasaan Allah SWT di dunia ini…
Didalam ayat yang lain Allah menceritakan tentang orang-orang yang tidak beriman dengan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ini, tidak akan masuk ke dalam syurga selagimana tidak masuk unta kedalam lubang jarum, mustahil unta boleh masuk dalam lubang jarum kan? jadi begitulah juga mustahil bagi orang-orang yang tidak beriman untuk masuk ke dalam syurga-Nya…
SubhanaAllah, hebat sungguh ciptaan Allah SWT….
“Ya Allah kuatkanlah iman kami kepada-Mu dan masukkanlah kami kedalam syurga-Mu tanpa hisab…”
salam, unik dan buat kita berfikir disitu
unta binatang yg mulia sejak dr zaman Rasulullah s.a.w lagi..kt sana ada unta tak? pernh naik unta? 🙂
banyak unta kat sini.. unta paling murah harganya berbanding lembu untuk dikorbankan pada hari raya korban..
Subhanalloh,Alqur’an memang selalu betul
sampai air kencingnya pun boleh jadi ubat. yang pasti susunya memang nikmat sekali.
setiap ciptaan allah ada hikmahnya
kepada mereka yang mahu berfikir
memang ajaib unta ni..
Hebat Unta ada kelebihan yang tersendiri dan banyak manfaat dari binantng yang bernama Unta 🙂