Angka Kematian Rakyat Syria Di Sepanjang Bulan Ramadhan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

TERKINI : Isu Semasa Syria

Angka kematian sebenar dalam krisis yang berlaku di Syria mencecah lebih daripada 200,000 orang, kumpulan pemerhati pro-pembangkang berkata pada hari Sabtu, sebaik ia menyediakan kiraan terkini yang hampir sama dengan anggaran PBB.

Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, ia telah mendokumenkan kematian lebih daripada 106,000 orang, tetapi memberi amaran bahawa angka sebenar mungkin dua kali ganda lebih tinggi.

Julai lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan bahawa lebih daripada 100,000 telah terbunuh di Syria sejak Mac 2011.

Syria Kini

Hampir 2,014 orang telah terbunuh dalam peperangan Syria di bulan Ramadan tahun ini bermula pada 10 Julai yang lalu. Pusat Penyelidikan Hak Asasi Manusia Syria memberitahu Persidangan Agensi Perancis (AFP), lebih daripada 1,323 orang yang terbunuh dari kalangan tentera rejim dan tentera bebas Syria.

Pengarah Pusat Penyelidikan, Rami Abdel Rahman berkata, secara keseluruhan “Bilangan kematian meningkat secara mendadak dalam tempoh empat hari yang lalu,” beliau menambah lagi, kedua-dua kem ketenteraan menyembunyikan laporan jumlah sebenar kematian yang sebenarnya lebih tinggi.”

Dalam pada itu, Pusat Penyelidikan Britain melaporkan bahawa 438 tentera telah terbunuh bulan ini dan 69 lagi terdiri daripada anggota tentera Pertahanan Negara Tentera kerajaan terbunuh.

Sementara itu, tiga puluh daripada 545 orang yang terbunuh adalah terdiri daripada anggota tentera bebas Syria, dan 241 merupakan pejuang asing dan tidak dikenali.

Beliau turut menambah, “Angka kematian juga termasuk 639 orang awam, yang mana 105 daripada mereka adalah kanak-kanak dan 99 wanita, sebahagian besarnya terbunuh dalam serangan tentera. Turut dilaporkan sebanyak 52 mayat lagi tidak dikenali.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Menurut Pusat Penyelidikan, semenjak rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan perang dan melakukan tindakan kejam ke atas revolusi rakyat yang bermula Mac 2011 yang lalu, lebih daripada 100,000 orang telah terbunuh dalam konflik di Syria setakat ini. Sehingga kini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa kira-kira 5,000 orang sebulan telah terbunuh dalam perang saudara di Syria.

Syria Terkini

Dilaporkan mujahidin Syria daripada Liwa’ Abu Bakar r.a telah berjaya mencipta roket yang boleh mencecah jarak antara 3-5 km dengan kuasa ledakan yang sama dengan meriam bersaiz 130′. Roket ini dipercayai mampu memusnahkan lebih banyak kereta-kereta kebal rejim.

Roket yang dinamakan ‘Bakr’ sempena nama Sahabat Agung Abu Bakar r,a ini dihasilkan ditengah-tengah kepungan hebat rejim terhadap bandar ini disebuah kilang yang terpaksa dirahsiakan lokasinya.

Sheikh Muhammad Addibo

Para syabbihah (samseng upahan) Bashar telah membunuh seorang ulama’, Sheikh Muhammad Addibo yang berasal dari Kota Manbaj, Halab.

Sheikh Muhammad dikenali sebagai seorang ulama’ yang jujur dan berterus terang menyokong perjuangan Rakyat Syria menentang rejim Bashar.

Penguasaan kawasan oleh mujahidin FSA ditunjukkan dalam warna hijau dan tentera rejim berwarna merah.

FSA

 “Doakan Kemenangan Mujahidin Islam Di Syria..”  

 

SUMBER :
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
www.map2care.blogspot.com
Al-Arabiya.net

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *