Al-Azhar Menyelar Pembunuhan Rakyat Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

TERKINI : Isu Semasa Mesir
Al-Azhar Menyelar Tindakan Pembunuhan Beramai-Ramai Rakyat Mesir

Al-Azhar menuntut pihak berkuasa Mesir mengadakan siasatan untuk mengetahui punca sebenar tragedi pagi ini yang dilaporkan telah meragut lebih dari 55 nyawa antaranya lima kanak-kanak di hadapan Hisr Al-Jumhuriy.

1) Kebiadapan polis bagi meleraikan himpunan dan perkampungan rakyat di hadapan Bangunan Pengawal Republik Subuh tadi secara kekasaran. Ribuan umat Islam ditembak ketika sedang menunaikan solat fardhu Subuh. Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. Sejurus kemudian, mereka ditembak bertalu-talu dengan peluru hidup.

Live Al-Jazeera

2) Pentas utama himpunan di dataran Raba’ah menjadi lokasi mengumpulkan mayat. Menurut laporan Ikhwanonline, sehingga kini 40 orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai ini dan lebih 200 yang lain cedera.

3) Penangkapan 20 orang penyokong Dr.Muhamamad Mursi yang berkampung di dalam Masjid berhadapan dengan Hirs Jumhuriyyah pagi tadi.

4) Jurucakap Media Presiden mengumumkan el-Baradei dicalon sebagai Naib Presiden dan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri Mesir. Sebentar tadi, Al Jazeera melaporkan bahawa Yunus Makhyun Presiden Parti Nur tidak setuju dengan dua calon ni.

5) Parti Nur (salafi) dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan “haram” yang dilantik tentera. Kenyataan tersebut disiarkan oleh jurucakap rasmi parti, Nadir Bakkar melalui Twitter.

6) Bursa Saham Mesir mencatat kerugian 9 Juta Pound Mesir (Junaih) pada pertengahan sesi.

7) Jurucakap Rasmi Presiden “sementara” melaporkan kejadian yang berlaku di bangunan Pengawal Republik (Hirs Al-Jumhuriy) tidak akan mengganggu proses pembentukan kerajaan baru.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

8) Hampir 10 ribu rakyat Mesir dan Jordan turun di kedutaan Mesir di Amman, Jordan bagi menyatakan kemarahan mereka terhadap serangan yang dilakukan oleh tentera awal subuh tadi.

Rakyat Jordan

9) Ribuan rakyat Jordan menunaikan solat jenazah ghaib di hadapan Kedutaan Mesir di Jordan untuk para syuhada tragedi pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di kawasan bangunan Pengawal Republik, Kaherah.

10) Kesatuan Doktor Perubatan Mesir melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah “Solat Subuh” pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.  Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan).

11) Hamdin Sobbahi (Sosialis) menuntut supaya dibentuk kerajaan peralihan dengan cepat untuk menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Mesir .Dalam masa yang sama , golongan pemberontak(Tamarrud) meminta Presiden sementara untuk membubarkan Freedom and Justice Party (FJP) menyekat pimpinannya dari bergerak aktif dalam politik .

12) Dr.Hazim Bablawi dilantik Perdana Menteri Mesir dan El-Baradei sebagai Naib Presiden bagi Hal Ehwal Luar Negara Mesir.

13) Mantan Menteri Wakaf , Syeikh Dr.Talaat ‘Afifi menyertai himpuna Di Medan Rabaah bagi menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi dan beliau menegaskan krisis yang berlaku ini adalah rampasan kuasa yang jelas terhadap demokrasi dan penipuan yang berterusan mengenai kehendak rakyat bermula dengan pembubaran parlimen , pembatalan perlembagaan dan berakhir dengan rampasan kuasa keatas Presiden yang dipilih rakyat .

14) Kenyataan dari Pejabat Presiden sementara Pilihanraya Presiden Mesir akan diadakan dalam tempoh 6 bulan lagi.

 

“يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

2 thoughts on “Al-Azhar Menyelar Pembunuhan Rakyat Mesir”

  1. Hello there, You have performed an admirable job. I will undoubtedly delicious it plus individually recommend for you to my pals. I know they will be taken advantage of this excellent website.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *