Percalonan As-Sisi Sebagai Presiden Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kini telah jelas kebenaran dan hilangnya keraguan, gugurnya hujah-hujah untuk memuaskan. Jelas sekali apa yang berlaku pada tarikh 3 Julai 2013 merupakan rampasan kuasa bagi menghukum pemerintahan demokrasi yang sah sekaligus kembalinya pemerintahan tentera.

Maka muncul pada (23 Mac 2014) ketua kudeta (Abdul Fatah As-Sisi) mengumumkan mencalonkan dirinya sebagai Presiden selepas dia melafazkan sumpah di banyak tempat dan majlis bahawa dia atau institusi tentera tidak berniat untuk memerintah Mesir.

Tidak pelik, sebelumnya dia pernah bersumpah untuk menghormati perlembagaan dan pemerintah kemudian dia yang melanggar sumpah itu. Kemudian dia muncul dengan pakaian seragam tentera mengumumkan berita mencalonkan dirinya tetapi tidak disebutkan adakah negaranya milik awam atau akan kekal sebuah negara dikuasai tentera?

Kita meyakini bahawa kudeta ini dan apa sahaja tindakan mereka adalah tidak sah walaupun diadakan proses pungutan suara ataupun pilihanraya tetapi penuh penipuan. Maka hak rakyat akan terus kekal kerana ia merupakan kehendak mereka melalui lima pilihanraya yang dibuat dengan telus. Di sana, akan kekal perlembagaan, parlimen dan Presiden mereka yang sah sekalipun percubaan untuk memberikan imej yang buruk.

Rakyat telah lama berjuang untuk mendirikan sebuah kerajaan atas kehendak rakyat yang demokratik dan menamatkan pemerintahan tentera yang bersifat diktator maka tercapai cita-cita mereka apabila pemerintahan atas pilihan rakyat tertegak selama setahun sebelum digulingkan oleh Menteri Pertahanan yang ingin pula menjadi Presiden negara selepas 40 tahun negara dikuasai oleh pemerintahan tentera.

Kita mendapati selepas 9 bulan rampasan kuasa bahawa As-Sisi:

>>- Seorang yang khianat kepada amanah, mungkir janji dan melanggar sumpah.

>>- Seorang pembunuh yang tidak menghormati kehidupan dan darah. Dia mengetuai pembunuhan-pembunuhan yang telah disifatkan oleh Pertubuhan Hak Asasi Antarabangsa “ia merupakan pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah negara Mesir moden”.

>>- Dia merosakkan institusi kehakiman apabila menjatuhkan hukuman mati kepada 529 orang sedangkan mahkamah hanya bersidang sebanyak dua kali tidak kurang daripada 20 minit. Hukuman ini juga disifatkan oleh badan-badan hak asasi manusia antarabangsa sebagai yang terburuk dalam sejarah manusia. Demikian Mesir di bawah pemerintahan kudeta menjadi lebih teruk.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

>>- Dia seorang yang diktator apabila menangkap lebih 23,000 orang dari kalangan lelaki, wanita, pemuda, pemudi dan kanak-kanak.Mereka ini didera di dalam tahanan dan dalam masa yang sama sesiapa yang menyertai demonstrasi di jalan-jalanraya dengan aman dibunuh.

>>- Dia seorang yang memerangi kampung-kampung dan bandar-bandar dengan kekuatan kereta kebal dan pesawat tetapi dalam waktu yang sama tidak pernah berperang dengan musuh-musuh ummah walaupun sekali.

>>- Dia menutup stesen-stesen televisyen, membatalkan permit akhbar dan memerangi wartawan-wartawan yang memusuhinya.

>>- Dia mendakwa kononnya dia seorang yang berjiwa rakyat dan mereka (rakyat) merupakan cahaya matanya serta akan menjadikan Mesir sebuah negara yang memimpin dunia. Tetapi menindas mereka.

>>- Dia ini juga berkata bahawa manifestonya kelak bukan ciplak dari mana-mana individu, bermakna dia akan bercakap kepada orang ramai-kalau dia bercakap- dari jauh iaitu melalui kaca televisyen.

Ini menunjukkan bahawa dia memang takut untuk berhadapan dengan orang ramai melalui rapat umum kempen kerana dia tahu dia telah meninggalkan kesan yang mendalam yang tidak dapat dilupakan di setiap rumah kepada para syuhada’, mangsa yang cedera atau sesiapa yang ditangkap.Dia teramat maklum bagaimana dia akan berhadapan dengan orang ramai jika dia keluar di tengah-tengah khalayak.

Kami yakin rakyat Mesir yang berani dan para pejuang revolusi yang bertekad untuk menumbangkan kudeta akan meningkatkan bantahan mereka secara berterusan dengan aman yang menyaksikan pertambahan setiap hari mereka yang menyertai himpunan ini dari kalangan rakyat Mesir yang telah mula yakin bahawa kudeta telah mengkhianati mereka. Mereka meyakini dengan pertolongan ALLAH terdekat ini bahawa kudeta akan lenyap.

(Dan ALLAH akan membantu sesiapa yang membantuNya sesungguhnya ALLAH Maha Kuat lagi Maha Perkasa).

ALLAHU AKHBAR.. Hidup Mesir dengan bebas.

 

SUMBER :
Kenyataan Gerakan Ikhwan Muslimun
Khamis 26 Jamadil Awwal 1435 bersamaan 27 Mac 2014

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *