Demontrasi Anti-Mursi Satu Kesilapan Besar

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pengasas gerakan pemuda yang dinamakan “6 April”, Ahmed Maher (gambar) menyifatkan penyertaan gerakan tersebut menyertai demonstrasi anti-Mursi pada 30 Jun 2013 yang membawa penyingkiran Presiden yang sah itu sebagai “satu kesilapan besar”.

 

Dalam video yang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter, Maher melahirkan penyesalan dengan berkata, “Apa yang berlaku sekarang ialah kembalinya pemerintahan sebelum ini (iaitu rejim Mubarak). Dengan pelbagai bentuk penyeksaan, penyalahgunaan media selain undang-undang yang mengekang demonstrasi aman”.

Kumpulan pemuda “6 April” ditubuhkan bagi menggulingkan rejim Mubarak dengan menyeru para pekerja dan buruh mengadakan mogok pada 6 April 2010 sebagai bantahan kepada rejim. Apabila berlaku Revolusi 25 Januari menggulingkan Mubarak, peranan kumpulan 6 April ini menjadi faktor utama ledakan kemarahan rakyat kepada rejim itu.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Malangnya, apabila kempen Tamarrud menyeru rakyat keluar di jalanraya bagi menggulingkan Presiden Mursi pada 30 Jun tahun lalu, Ahmed Maher dan “6 April” turut sama-sama menjayakan himpunan tersebut.

Lebih mendukacitakan,Maher dan dua lagi anggota kumpulan 6 April ini telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda LE 50,000 (sekitar RM25,000) kerana didapati bersalah “menyertai demonstrasi aman anti-Mubarak dan menyerang pasukan keselamatan”.

Seorang pemimpin Ikhwan Muslimin yang kini dipenjara, Dr.Mohammed Beltaji mengulas, “Setiap manusia akan bersalah. Maka 25 Januari ini akan kembali mengumpulkan kita dengan matlamat yang satu.”

 

SUMBER :
Ikhwanonline.Com
Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *