“Tamarrud” Teruskan Kekacauan di Seluruh Negara

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Ketika jutaan penyokong Ikhwan Muslimin dan partinya FJP berhimpun di Raba’ah Mesir, kumpulan pembangkang yang bergabung dengan kempen “Tamarrud” serta perusuh mengambil peluang dengan membuat kekacauan….

Mesir

1) Menyerang Pejabat Ikhwan Muslimin di kawasan Samuhah di wilayah Iskandariah Mesir. Mereka turut mencuri kelengkapan pejabat. Para pemuda Ikhwan yang bertugas terpaksa berundur setelah ditembak bertalu-talu dengan senapang.

2) Menyerang kediaman milik anggota Ikhwan di Itai Barud, wilayah Buhaira.

3) Puluhan orang perusuh menyerang Pejabat FJP di Ar-Rahmaniyah.

4) Tragedi di Kampung Aga, wilayah Daqahliyah Mesir:

Lebih 700 orang perusuh dan samseng mengepung Pejabat FJP bandar Aga dalam wilayah Daqahliyah dengan membawa pedang dan senapang. Mereka membakar kelengkapan pejabat dan mencederakan para petugas parti.

Tidak memadai di situ, sekitar 40 orang perusuh upahan ini mengepung Hospital Awam Aga bagi menghalang penduduk tempatan merawat petugas Ikhwan yang cedera.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

5) Perusuh turut menceroboh dan mengepung kediaman Dr.Mutawali Zakaria, seorang pemimpin Ikhwan di Samanud di Daqahliyah, Mesir.

6)Kenyataan rasmi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP): Sehingga kini 5 orang korban dan lebih 1,000 yang lain cedera dalam siri himpunan pertahankan Dr. Mursi di tiga wilayah.

*Semua keganasan ini berlaku dalam situasi tiada langsung campur tangan polis.

 

Askar

Terkini: Kereta kebal dan perisai milik tentera Mesir kini mengambil posisi masing-masing di beberapa tempat di Kaherah bagi persediaan 30 Jun ini.

Jangan bimbang!! Ini bukan petanda darurat. Ini isyarat persediaan pihak tentera bagi membantu pasukan polis yang dilihat terlalu lemah kebelakangan ini dalam menjaga keselamatan negara.

Sesungguhnya askar Mesir adalah institusi yang amat dihormati dan disanjungi. Dengan penuh penghormatan buat mereka, saya yakin mereka mampu menangani segala kekacauan yang mungkin berlaku 30 Jun ini.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

7 thoughts on ““Tamarrud” Teruskan Kekacauan di Seluruh Negara”

  1. sentiasa di belakang presiden Morsi..semoga maju jaya dan berjaya menghadapi rintangan dari pihak pembangkang.

  2. salam..
    saya tengok kereta bagai sudah naik bulu roma.saya harap sahabat saya seislam dg saya akan terus sabar termasuk admin

    1. Dunia Islam Kini ™

      makna pemberontakan…
      yang diketuai oleh kumpulan penentang Dr. Mursi (Hamdeen Sobahi, Amru Musa dan Mohammad El-Baradei)..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *