Himpunan “Tidak kepada Keganasan”

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Dataran Masjid Raba’ah semalam sekali lagi menjadi saksi apabila dilimpahi hampir 3 juta rakyat Mesir dari pelusuk negara itu dalam himpunan yang dianjurkan oleh lebih 30 buah pertubuhan serta parti politik Islam. Dataran Raba’ah menjadi pilihan lokasi terbaru bagi kumpulan Islam khasnya Ikhwan Muslimin selepas mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan Dataran Tahrir . 

Hampir setahun mereka dihalau keluar dari Dataran Tahrir yang menggegarkan Mubarak selama 18 hari itu. Ikhwan dituduh “pengkhianat revolusi” dan “mengadakan perjanjian sulit dengan Majlis Tentera.” Tragedi berdarah terakhir sebelum mereka tidak lagi masuk ke Dataran Tahrir apabila kumpulan sekular/liberal mengupah samseng memukul serta membelasah anggota Ikhwan yang berhimpun di Dataran Tahrir ketika itu. Beberapa buah bas milik Ikhwan juga dibakar.

Sejak itu, Ikhwan tidak lagi mengambil keputusan bertembung dengan pihak sekular yang sengaja cari pasal. Mereka berundur mencari lokasi untuk tempat berhimpun yang baru di bumi Mesir yang begitu luas selepas Dataran Tahrir . Awal tahun ini, mereka memilih dataran di hadapan Universiti Kaherah sebelum berpindah ke dataran Raba’ah Adawiyah. Masjid Raba’ah juga begitu aktif kini menjadi lokasi “Hadith Sulasa’ yang menampilkan pemimpin hebat Ikhwan berpidato pada setiap hari Selasa. Masjid itu juga menjadi saksi sebagai tempat penghormatan terakhir dan solat jenazah ke atas bekas pimpinan Ikhwan seperti Al-Marhum Mustafa Masyhur, Zainab Ghazali dan Mohammad Hilal.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Tidak Kepada Keganasan

4 Tuntutan Himpunan “Tidak kepada Keganasan” :

1) Menyatakan tidak kepada keganasan, pertumpahan darah, samseng upahan dan kehancuran negara selain menyatakan “ya” kepada demonstrasi aman.

2) Menuntut Presiden Mursi melakukan “operasi pembersihan” menyeluruh bagi Kementerian Dalam Negeri. Masih terdapat pegawai-pegawai tertinggi polis yang berkhidmat untuk Mubarak masih dikekalkan bahkan terdapat dikalangan mereka yang menjadi pelindung kepada penjenayah utama.

3) Tuntutan pembersihan sepenuhnya dilakukan kepada media-media persendirian yang dikuasia oleh ahli-ahli perniagaan dari kalangan pembesar Mubarak. Pengamal media-media tersebut juga bukan sahaja memberikan gambaran buruk bagi Mursi dan Mesir bahkan memperlekeh Sunnah Nabi dan menghina Islam seperti Ibrahim Isa, Mona Syazli dan Amru Adib. Ibrahim Isa sebagai contoh sering mempersenda ayat-ayat Al-Quran dan syariat Islam yang sememangnya boleh membatalkan syahadah.

4) Menuntut badan kehakiman dibersihkan dari saki-baki Mubarak yang menyaksikan kebelakangan ini menyaksikan siri-siri pembebasan oleh mahkamah dalam kes-kes berprofail tinggi. Terbaru kelmarin, mahkamah membebaskan Mubarak tidak bersalah dengan tuduhan menyeleweng harta rakyat.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

3 thoughts on “Himpunan “Tidak kepada Keganasan””

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *