7 Tentera Mesir Telah Bebas

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

TERKINI: 7 askar Mesir yang diculik beberapa hari lalu selamat dibebaskan oleh tentera pagi ini.

Turut menyambut kepulangan dan pembebasan mereka di Kaherah ialah Presiden Mursi, Menteri Pertahanan Abd Fatah AsSisi dan beberapa pembesar negara…

Republik Arab Mesir

Mursi dalam sidang media: Syukur kepada Allah kerana askar Mesir yang diculik berjaya dibebaskan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Jurucakap rasmi Angkatan Tentera Mesir telah mengumumkan pada pagi tadi bahawa tentera dan polis Mesir yang diculik di utara Sinai telah pun dibebaskan hasil kerjasama dengan perisikan Mesir .

Menurut jurucakap tentera, kesemua yang diculik dalam perjalanan pulang ke Kaherah dan tidak ada seorang pun dari mereka yang cedera dalam operasi pembebasan.

Dari sudut lain, Kementerian Dalam Negeri Palestin di Semenanjung Gaza turut mengumumkan mengenai pembukaan sempadan Rafah Mesir dari dua arah.

Sedemikian itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada Presiden Republik Arab Mesir , Angkatan Tentera Mesir , Agensi kerajaan Mesir dan seluruh rakyat Mesir dengan operasi tentera yang membebaskan 7 orang tentera termasuk polis.

 

Sumber:
[1]Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

[2]Berita Paltimes
[3]Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *