Al-kisah Pengunting Rambut

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini


Kamal seorang pengunting rambut. Beliau menghadapi banyak masalah kehidupan sehingga imannya goyang dan menjauhikan diri daripada masjid. Ustaz Haron adalah salah seorang pelanggan tetapnya.

Satu hari semasa menggunting rambut Ustaz Haron, Kamal bertanya, “Ustaz, betul ke Allah wujud?”

“Mengapa Kamal bertanya begitu?” tanya Ustaz Haron.

“Err… jika kita pergi ke luar

ustaz, ana tak dapat lihat kewujudan-Nya. Jika Allah wujud, mengapa ramai yang sakit? Mengapa ada kanak-kanak yang diabaikan? Jika betul Allah wujud, sepatutnya manusia tidak akan merasa seksa susah dan kesakitan,” kata Kamal.Ustaz Haron tidak menjawab apa-apa. Setelah habis menggunting rambut, Ustaz Haron keluar daripada kedai Kamal dan mencari seorang lalu-lalang yang rambutnya tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Kamal, datang. Pengunting rambut tak wujud di dunia ini,” kata Ustaz Haron.

“Mengapa ustaz kata begitu, ana baru sahaja habis gunting rambut ustaz,” tanya Kamal.

“Tidak,” kata Ustaz Haron. “Jika pengunting rambut wujud, takkan muncul orang seperti dia yang berambut tidak teratur, kotor dan janggutnya tidak dijaga.”

“Tapi ustaz, pengunting rambut wujud di sini. Ana orangnya. Cuma mereka tak datang ke kedai ana,” kata Kamal.

“Tepat sekali. Begitu juga dengan Allah, ia ada di mana-mana. Orang yang dalam kesusahan dan kesakitan di luar lupa mencari Allah untuk pertolongan. Sebab itu wujud banyak kesusahan dan kesakitan di dunia ini,” jelas Ustaz Haron.

Kamal terdiam dan selepas itu, mula kembali ke masjid dengan kerap untuk mendalami ilmu agama bersama Ustaz Haron selepas itu.

Senyum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *