Bukan sahaja makanan tetapi gabungan keseluruhan dapur termasuk peralatan dan cahaya memainkan peranan dalam menentukan kejayaan program diet yang dilakukan. Berdasarkan penelitian, tatacara dapur juga akan mempengaruhi nafsu makan seseorang.
Mari lihat tips berikut sama ada dapur anda menjadi punca kegagalan diet kuruskan badan anda selama ini.
Tips 1
Ukuran piring = Ukuran pinggang
- Kebanyakan kita akan memenuhkan pinggan kita dengan pelbagai jenis makanan dan menghabiskannya tanpa sebarang sisa.
- Pilihlah pinggan yang bersaiz kecil atau piring untuk menikmati makanan anda. Ini akan membantu anda mengurangkan 22% kalori dan 0.5kg berat badan setiap bulan.
- Untuk makanan yang berkalori tinggi seperti daging atau pasta, gunalah pinggan berukuran lebih kecil. Pilihlah pinggan yang berdiameter 25cm. Lebih kecil diameter itu adalah lebih baik.
Tips 2
Cahaya lampu dapur
- Penelitian membuktikan cahaya lampu yang terlalu terang boleh menambahkan nafsu makan lebih banyak berbanding biasa. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna lampu yang suram adalah lebih baik. Ini kerana cahaya yang terlalu suram di ruangan makan juga akan membuat anda tidak ada selera untuk makan dan stress.
- Pada masa kini terdapat pelbagai lampu yang direka khas untuk ruangan makan. Anda juga boleh mengawal tahap cahaya lampu semasa memasak dan menikmati hidangan anda.
- Terdapat juga saranan untuk menggunakan empat lampu 60 watt untuk meja makan empat orang. Sedangkan untuk meja enam orang , pilihlah enam lampu 40 watt.
Tips 3
Dapur berselerakan
- Tanpa kita sedari dapur kita sering menjadi tempat pembuangan. Apabila dapur berselerakan dengan makanan tidak sihat, ia akan membuatkan niat anda untuk hidup sihat sukar diterapkan. Seterusnya ia boleh mengundang stress. Stress akan mengakibatkan hormon kortisol meningkat dan seterusnya menyebabkan rasa lapar.
- Pastikan anda memilih ruang makan yang selesa untuk menikmati makanan. Letakkan makanan atau rempah ratus di dalam bekas atau kabinet yang disusun rapi. Begitu juga fungsi meja makan agar anda fokus pada makanan yang ingin dinikmati. Selain itu, ia juga memudahkan anda mengetahui sama ada anda sudah kenyang atau tidak.
- Jangan sesekali makan sambil melakukan perkara lain. Ini akan membuatkan anda makan 15% lebih banyak.
Tips 4
Gelas Terlalu Besar
Biasanya kita tidak sedar akan minum lebih banyak jus atau soda ketika menggunakan gelas kecil tetapi lebar. Dikatakan, rakyat Amerika akan minum jus atau soda sebanyak 350 kalori setiap hari dan ini akan membuatkan berat badan akan meningkat sebanyak 1.5kg dalam setahun.
Pilih gelas yang kurus untuk minum jus atau soda dan pilih gelas besar untuk minum air putih. Sebenarnya, ketika anda sedang menjalani program diet, anda lebih terpengaruh minum air daripada makan. Oleh sebab itulah, penelitian membuktikan seseorang boleh mengurangkan 0.5kg berat badan dalam tempoh enam bulan dengan hanya mengurangkan pengambilan minuman manis setiap hari.
Tips 5
Sorok Makanan Sihat
Pengambilan sayur dan buah sebanyak 5 hidangan setiap hari boleh membantu anda mengurangkan berat badan anda. Penelitian yang dilakukan di University of Arizona mengatakan kebanyakan kita meletakkan makanan sihat di tempat yang tersembunyi yang sukar untuk dilihat tetapi meletakkan makanan tidak di tempat yang mudah dijangkau oleh tangan anda.
Pilih bekas atau tempat yang menarik untuk meletak makanan sihat anda dan letakkan ia di tempat yang mudah dilihat dan diambil. Ini akan membantu anda menikmati makanan sihat lebih daripada makanan tidak sihat.
Tips 6
Simpan Makanan Dalam Bekas Yang Besar
Anda perlu bijak berbelanja apabila memperuntukkan barangan keperluan dapur yang banyak dalam sebulan. Namun ia akan menjadi satu kesalahan apabila anda menyimpannya dalam satu bekas yang besar.
Penelitian yang dilakukan membuktikan kita akan makan 23% lebih banyak apabila meletakkan makanan seperti kerepek atau snek dalam mangkuk atau bekas yang besar.
Jadi, tukarkan bekas makanan anda kepada bekas yang lebih kecil yang hanya mencukupi untuk anda sekali makan. Ini akan membantu anda untuk makan mengikut keperluan anda.
Itu sahaja tips makan sambil kurus. Semoga ia bermanfaat kepada semua.
Pingback: Tips Kuruskan Badan | cantikan badan | Sihatkan badan