Syeikh Yusof Al-Qaradhawi Seru Rakyat Mesir Boikot

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qaradhawi berpandangan, draf perlembagaan yang diluluskan oleh kudeta sekarang tidak sah kerana ia dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang tidak sah kerana jawatankuasa tersebut dilantik oleh perampas kuasa dari pihak tentera.

Maka beliau menyeru rakyat Mesir sama ada berada di dalam Mesir atau luar untuk memboikot pungutan suara berkenaan.

Presiden boneka, Adli Mansour menetapkan tarikh pembuangan undi bagi rakyat Mesir di luar negara bermula 8 hingga 12 Januari manakala rakyat di dalam Mesir pada 14 dan 15 Januari ini.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Walau bagaimanapun, para penganalisis politik dan aktivis anti rampasan kuasa menjangkakan akan berlaku penipuan dalam pungutan suara ini terutama dari sudut bilangan mereka yang keluar mengundi bagi menunjukkan kepada dunia rakyat Mesir tetap keluar beramai-ramai dan usaha Ikhwan untuk memboikotnya gagal.

 

SUMBER :
Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *