Setahun Mesir Tanpa Dewan Rakyat

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Setahun sudah Dewan Rakyat Mesir dibubar oleh Mahkamah Tinggi Perlembagaan negara itu..Tanggal 14 Jun 2012 merupakan detik hitam dalam episod perjuangan rakyat Mesir selepas revolusi. Hanya beberapa hari sebelum berlangsung Pilihanraya Presiden negara itu, mahkamah dengan mudah membubarkan Dewan Rakyat negara itu.

Dewan Rakyat

Walaupun apa jua sebab yang dikemukakan mahkamah, yang pasti sebabnya hanya satu iaitu suara Islam menguasai Dewan Rakyat , menenggelamkan suara sekular. Pertama kali dalam sejarah negara Mesir, anggota-anggota Parlimen dipilih secara telus dan bebas melalui pilihanraya negara itu yang dijalankan sebanyak tiga peringkat di 27 buah wilayah.

Keputusan akhir menunjukkan daripada 499 kerusi Dewan Rakyat, 235 daripadanya dimenangi oleh FJP, sayap politik Ikhwan Muslimin, di tangga kedua dikuasai oleh Parti Nur Salafi (juga beraliran Islam) iaitu 125 kerusi. Di tangga ketiga, baru dimenangi oleh Parti Wafd (aliran sekular) dan parti-parti lain. Parti Wasat (aliran Islam) meraih 10 kerusi. Jika dilihat kemaraan parti Islam di Mesir, 370 kerusi dimenangi mereka dan 129 kerusi berbaki mewakili suara sekular.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Kekalahan teruk parti-parti sekular dalam pilihanraya tersebut memperlihatkan suara hati rakyat Mesir yang mahu Islam menggantikan ideologi lain yang ternyata gagal membela mereka selama puluhan tahun lalu.

Setahun sudah Dewan Rakyat dibiarkan kosong. Dewan Senat kini mengambil alih sementara waktu kuasa perundangan Dewan Rakyat . Sepatutnya pilihanraya baru bagi Dewan Rakyat diadakan April lalu tetapi sekali lagi kuasa mahkamah menangguhkannya. Paling lewat,dijangka akhir tahun ini.

Apapun golongan sekular Mesir cukup takut untuk berdepan dengan kumpulan Islam dalam Pilihanraya Parlimen. Mereka bimbang ‘mimpi ngeri’ kekalahan teruk mereka akan berulang yang dengan izin Allah pasti akan berulang. Kerana Ikhwan Muslimin telah menjangkakan kemenangan partinya FJP iaitu 70 peratus dari kerusi yang dipertandingkan. Pasti suara sekular akan ranap. Kumpulan sekular waktu ini ‘memukul gendang’ mahu diawalkan Pilihanraya Presiden. Kata Mursi, topik ini hanya sia-sia untuk dibincangkan.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *