Rasulullah ‘Pakar Perubatan’

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sesungguhnya pengutusan Rasulullah s.a.w. membawa pelbagai rahmat kepada alam. Oleh kerana itu, antara hikmah pengutusan baginda kepada manusia adalah sebagai pakar perubatan samada spiritual, akal dan fizikal manusia. Ironinya, sesuatu pensyariatan yang diwahyukan kepada Baginda s.a.w. merupakan penawar untuk mengubati dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam…

Dalam karangan ilmu warisan dan kesarjanaan ulama silam, banyak kitab-kitab yang membincangkan tentang ilmu perubatan mengikut acuan Islam. Banyak daripada tokoh-tokoh ilmuan dikalangan para ulama silam yang mengemukakan pelbagai teori dan praktik dalam sistem ilmu perubatan mengikut acuan Islam seperti Harith ibn Khaladah, Ibn Sina, al-Zahrawi, al-Razi, Ibn al-Matran, Ibn Jumay dan lain-lain.

Antara contoh kitab yang boleh kita perhalusi yang pernah dikaryakan oleh ulama masyhur sehingga kini adalah kitab “Perubatan Nabi الطب النبوي” daripada Imam Syamsuddin Muhammad bin Abi Bakar Abi Qayyim al-Jauziyyah (691H) masyhur dengan nama Ibn Qayyim al-Jauzi. Dalam kitab tersebut, beliau merangkumkan pelbagai hadis-hadis daripada Nabi s.a.w. tentang persoalan dan perawatan sesuatu penyakit.

Ilmu Perubatan mengikut acuan Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh ibn Qayyim :

حفظ الصحة والحمية عن المؤذى والإستفراغ من المواد الفاسدة

“Penjagaan kesihatan, pelindungan daripada penyakit, pembuangan daripada perkara-perkara yang membinasakan”. [1]

Dalam pendahuluan kitab tersebut, beliau ada menyatakan : “Inilah beberapa fasal/ceraian panduan daripada Nabi s.a.w. dalam ilmu perubatan mengikut acuan Islam untuk dipelajari. Ia menjelaskan kepada manusia awam dan penerangan tentang hikmah-hikmah terhadap kelemahan akal untuk mengetahui dan memahami hakikat sesuatu penyakit tersebut”.[2]

Sebenarnya, pengarang (ibn Qayyim) cuba menjelaskan tentang teknik dan teori perubatan yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. Ianya bertujuan menuntun hati-hati manusia agar lebih dekat dengan Pencipta-Nya. Inilah bimbingan wahyu dan panduan Rasulullah s.a.w. dalam proses perawatan dan ilmu perubatan mengikut acuan Islam.

Anggota tubuh manusia akan menjadi lemah sekiranya tidak dijaga dengan baik. Apabila tubuh badan tidak melaksanakan kewajipan dan tugasan hariannya atau menggunakannya melampaui batasan kemampuan anggota badan maka senanglah bagi kuman dan apa-apa pnyakit menghinggapinya. Ianya boleh dikaji, dianalisa, dan dibuat penelitian bagi mereka yang menceburi khusus tentang ilmu perubatan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Begitu juga penyakit dalaman (spiritual) seseorang juga akan diserang pelbagai penyakit akibat terkesan dengan unsur-unsur luar dan suasana kehidupan sekeliling mereka. Kesannya pada seseorang itu kita akan dapati seperti apa yang diceritakan oleh Nabi s.a.w iaitu wujudnya ketakutan, keraguan, kebimbangan, fobia, tekanan, stress, mudah marah dan lain-lain. Ini semua adalah penyakit yang menimpa hati-hati seseorang apabila suasana sekeliling tidak sesuai dengan naluri, kebebasan hidup ditekan dan tidak meraikan fitrah semulajadi mereka.

Semua penyakit yang dihadapi oleh manusia ada penawarnya. Mustahil sesuatu penyakit yang dimusibahkan kepada sesorang hamba Allah taala tidak diturunkan-Nya penawar dan cara perubatannya.

Firman Allah taala :

لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين
رؤوف رحيم

“Sesungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul daripada kalangan kalian sendiri, berat terasa olehnya (Rasul) penderitaan yang kalian alami, dia (Rasul) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi kalian, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman”. (Surah al-Taubah : 127)

Maka pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai “Pakar Perubatan” bertepatan untuk diambil panduan dan pedoman bagi mengubati segala penyakit dengan izin Allah taala melainkan satu penyakit sahaja yang tidak boleh diubati iaitu nyanyuk/tua.

Dalam satu hadis, Usamah bin Syarik telah berkata :

كنت عند البي (ص) وجاءت الأعراب فقالوا : يا رسول الله انتداوي؟ فقال : نعم يا عباد الله تداووا, فإن الله عز وجل لم يضع داء إلا وضع لها شفاء غير داء واحد قالوا : ما هو؟ قال : الهرم

“Aku bersama dengan Nabi s.a.w. lalu datanglah beberapa orang arab menanyakan : Wahai Rasulullah ! Adakah kami boleh diubati? Maka Baginda bersabda : Boleh wahai hamba-hamba Allah kalian semua boleh diubati. Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak meletakkan (menurunkan) sesuatu penyakit kecuali menyediakan bagi penyakit tersebut penawarnya melainkan satu penyakit. Lalu mereka bertanya : Apakah penyakit tersebut? Lalu baginda s.a.w. bersabda : Penyakit nyanyuk/tua.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab Musnad)

Wallahu a’lam.

“Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar”
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

 

Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM

 

Rujukan :

[1] Kitab al-Tibb al-Nabawi karangan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah : m/s 5
[2] Ibid : m/s 11
[3] Majalah Al-Azhar bulan Rabi’ul Awwal 1434H dalam artikel : “Muhammad s.a.w. Tabibul Insaniah” tulisan Dr. Sabir Abdul Daim Yunus : m/s 582
[4] Kitab al-I’jazul Ilmi fil Islam (al-Sunnah al-Nabawiyyah) karangan Dr. Muhammad Kamil Abd Samad : m/s 96
[5] Op.Cit Dr. Sabir Abdul Daim Yunus : m/s 587
[6] Ibid : m/s 587
[7] Ibid : m/s 588

1 thought on “Rasulullah ‘Pakar Perubatan’”

  1. Tips Hubungan Intim

    Rama org aggap blogger Msia nie kurang bagus.. nak cari rujukan selalunya blog international yg di rujuk… tapi artikel nie membuktikan yg blog dari Malaysia memang setanding dengan blog antarabangsa… tahniah admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *