6 Oktober Kembalikan Legitimasi
Semalam seakan-akan perang sudah meletus. Serangan dan tentangan pihak berkuasa perampas kuasa pada 6 Oktober 2013 sempena detik bersejarah memperingati ‘Perang Ramadan 1973′ mengakibatkan banyak penunjuk perasaan aman gugur. Mereka di’perangi’ disebabkan mengikuti perarakan menentang rampasan kuasa dan kezaliman Kudeta.
Berdasarkan media pro pemerintah yang sah, serangan pihak berkuasa perampas kuasa di beberapa lokasi perarakan yang mengakibatkan banyak nyawa gugur. Setakat yang diperolehi,
1. Daljaa : 3 gugur|puluhan cedera
2. Ramses : 6 gugur|100 cedera
3. El-Dokki : 20 gugur|ratusan cedera
4. Bani Suef : 7 gugur|15 cedera parah
5. Ismailiah : 1 gugur|puluhan cedera
6. Suez : Tidak rasmi 5 gugur|Lebih 20 cedera
Sumber dari Gabungan Kebangsaan Menyokong Legitimasi menyatakan lebih 50 penunjuk perasaan aman yang gugur hari ini. Kementerian Kesihatan perampas kuasa pula berkata, jumlah kematian di seluruh Republik Arab Mesir sempena mengingati kemenangan Perang 06 Oktober seramai 34 yang gugur dan 207 mangsa kecederaan.
Berhubung penangkapan, siaran berita AL-JAZEERAH menukil dari sumber keamanan bahawa 380 orang penentang rampasan kuasa telah ditangkap dari seluruh negeri Mesir.
Dataran Al-Tahrir riuh rendah memperingati ‘Perang Ramadan 1973’, di samping tarian gelek dan lokasi yang sewaktu dengannya menyaksikan tembakan bunga api ke udara, namun berbeza di lokasi yang wujud perarakan aman menentang rampasan kuasa. Dada, kepala, dan seluruh tubuh penunjuk perasaan aman menjadi sasaran peluru gersang perampas kuasa.
“Aktiviti kehidupan di Mesir masih berjalan dengan baik dan serangan dari perampas kuasa hanya melibatkan lokasi-lokasi berkenaan sahaja”
Sumber:
Freedom & Justice Party
TV Al-Jazeerah
Prihatin Mesir