Perbicaraan Ke-2 Dr Mursi Ditangguhkan 1 Februari 2014

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

1 Februari 2014 akan menyaksikan Presiden Mesir yang sah Dr.Muhammad Mursi akan kembali dihadapkan ke mahkamah setelah perbicaraan beliau pada 4 November tahun lalu ditangguhkan.

Beliau dibicarakan atas tuduhan “menghasut pembunuhan yang berlaku di hadapan istana presiden tahun 2012”.

Dalam peristiwa itu, 11 orang telah terbunuh, 8 orang daripadanya merupakan pemuda terdiri Ikhwan Muslimin dan hanya 3 orang bukan anggota Ikhwan.

Amat pelik, kematian 8 orang pemuda Ikhwan itu ditutup dan tidak disiasat oleh pihak berkuasa sebaliknya 3 orang yang bukan anggota Ikhwan (salah seorang mereka ialah Husaini Abu Dhaif, wartawan akhbar pro kudeta iaitu AsSyourouk) itu yang dijadikan pertuduhan utama untuk dibicarakan dan yang tertuduh ialah Dr Mursi serta beberapa orang lagi pimpinan Ikhwan.

Dilaporkan seramai 20,000 orang anggota polis dikerah ke mahkamah untuk mengawal perbicaraan pada 8 januari 2014, sementara penyokong pro Mursi mengajak rakyat Mesir turun beramai-ramai bagi membantah perbicaraan olok-olok tersebut.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Pada 4 November lalu pihak pendakwaraya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada Mursi dan semua tertuduh. Sementara Mursi dengan berpakaian kemas masuk ke mahkamah sambil berkata, “Wahai hakim. Perbicaraan ini tidak sah kerana saya Presiden anda dan negara ini yang sah.”

Manakala seorang lagi pemimpin Ikhwan, Naib Presiden FJP Dr Isom Eryan turut melaungkan dari kandang tertuduh “minta As sisi dan Menteri Dalam Negeri Mohammed Ibrahim diheret ke mahkamah.”

Mursi sebelum dibawa keluar dari mahkamah sempat berkata, “Sampaikan salam saya kepada rakyat saya. Katakan bahawa saudara mereka Muhammad Mursi akan tetap cekal dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang menghina agamanya.”

Al-Jazeera melaporkan, perbicaraan ke-2 Presiden Mesir yang sah, Dr.Muhammad Mursi ditangguhkan pada 1 Februari 2014.

 

SUMBER :
Al Jazeera Al Ikbariyah
Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *