Pembunuhan As-Syahid Abdul Qader Mulla

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Pembunuhan Assyahid Abdul Qader Mulla Mencetus kebangkitan jutaan pejuang Islam.

1. Dunia Islam menyaksikan 11 Disember 2013, tarikh berdarah pembunuhan haram yang dihalalkan oleh Regim pemerintah Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina.

2. Assyahid Abdul Qader Mulla adalah pemimpin Jamaat Islami Bangladesh yang menggerakkan kebangkitan kesedaran Islam telah difitnah bahkan direka pelbagai bukti palsu untuk mengaitkan Assyahid dengan keganasan.

3. Assyahid yang pada awalnya dihukum penjara seumur hidup ditukar hukuman kepada gantung sampai mati oleh regim pimpinan Parti Awami League Bangladesh melalui Tribunal Antarabangsa.

4. Tindakan kerajaan Bangladesh adalah adaptasi yang dilakukan oleh Bani Israel serta musuh-musuh Islam yang membunuh para nabi terdahulu. Itulah tindakan akhir yang mampu dilakukan oleh musuh Islam dalam memastikan sinar Islam terus terpadam.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

5. Masih segar di ingatan kita dengan kezaliman Kerajaan Bangladesh yang menyekat serta menghalau keluar pelarian Arakan warga Muslim Rohingya yang cuba menyelamatkan diri ketika diserang bunuh oleh Regim Burma. Inilah wajah sebenar Pemimpin kerajaan Bangladesh.

6. Kelab Al-Azhar Members KUIS menyeru seluruh pejuang Islam untuk terus bangkit dan mara kehadapan berbekalkan keyakinan pada Allah s.w.t bahawa janji syurga buat mereka yang mewaqafkan diri untuk perjuangan Islam.

7. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud: “Janganlah kamu mengatakan bahawa mereka yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu golongan yang mati, bahkan mereka itu golongan yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.
(Surah al-Baqarah, 2: 154)

8. Syahidnya seorang, bakal mencetuskan jutaan Abdul Qader Mullah yang akan terus berdepan dengan apa jua tentangan musuh Allah s.w.t. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang menanti giliran untuk syahid di Jalan Allah s.w.t.

Salam Perjuangan. Allahuakbar!

 

 

SUMBER :
Akram Ikrami bin Taib Azamudden.
Presiden Kelab Al-Azhar Members (ALAM) KUIS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *