Rampasan kuasa menyebabkan kerugian ekonomi yang sangat besar kepada Mesir, dianggarkan kira-kira LE120 Billion (sekitar £11.5 Billion/$17.1 Billion) menurut pakar ekonomi. Kerugian tersebut berpunca lembabnya pelaburan asing di Mesir, banyak kilang & penghasilan fasiliti terhenti di samping import-export yang terjejas. Pasaran wang turut terkesan LE50 Billion seperti yang dianggarkan.
Pelancongan antara sektor yang paling terjejas. Sejumlah besar negara asing memberi amaran kepada rakyat mereka tentang situasi yang berbahaya di Mesir & menggesa mereka untuk meninggalkan Mesir untuk keselamatan.
Walaupun kerajaan di Kaherah mengumumkan kenaikan kadar tukaran asing selepas rampasan kuasa, pakar-pakar menyebut ia langsung tidak memberi kesan kerana keseluruhan bergantung pada deposit yang akan kembali kemudian. Belum ada sumber tukaran asing yang berjaya diusahakan oleh kerajaan sementara.
*Kerajaan “sementara” Negara Mesir sebenarnya mendapat banyak tekanan dari sudut ekonomi serta gagal meraih sokongan dari negara-negara asing.
SUMBER :
MiddleEastMonitor.Com
Hi. Wow menarik artikel ni… tahniah admin.