Hari ini (JUMAAT) 22.3.2013 bersamaan 10 JamadilAwwal 1434, Tokoh Ulamak terkenal di bumi Syam Syria, Syeikh Dr. Sa’id Ramadan al-Buti محمد سعيد رمضان البوطي telah terbunuh Syahid pada umur 83 tahun di Masjid al-Iman, di Utara Bandar Damsyik ketika menyampaikan kuliah….
Dr Sa’id Ramadan al-Buti adalah seorang ilmuwan yang memang tidak asing di kalangan sarjana islam. Karya beliau banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia dan banyak menjadi syllabus pengajian beberapa universiti. Antara yang termayhur adalah kitab Fiqh Sirah Nabawiyyah.
Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri “Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Sa’id Ramadan al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: “Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku.”
Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata “Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad” (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)
Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria.
SEJARAH HIDUP AS-SYAHID SYEIKH DR. RAMADAN AL-BOUTI (1929-2013)
Muhammad Dr Sa’id Ramadan al-Buti, seorang ulama yang mutakhashish dalam ilmu Islam. Beliau sangat dihormati oleh banyak ulama terkemuka di dunia Islam. Bahkanbeliau mempunyai pengaruh diseluruh di dunia Islam.
Beliau menimba ilmu pendidikan di madrasah Damsiq, kemudian ke Mesir untuk belajar di Universiti al-Azhar asy-Syarief dan mendapatkan gelaran Doktor Fakulti Syari’ah. Beliau telah menulis lebih dari 60 buku tentang isu-isu Islam.
Beliau berasal dari Kurdi, lahir pada tahun 1929 di Botan, Turki. Kemudian hijrah bersama ayahnya, Mulla Ramadhan al-Bouthiy ke Damaskus pada tahun 1933, ketika itu beliau masih berumur 4 tahun.
Beliau menulis sebuah buku yang berjudul, “اللامذهبية أكبر بدعة تهدد الشريعة الإسلامية” (Tidak bermazhab adalah sebesar-besar bid’ah yang mengancam syari’ah islamiyah) dan buku yang lain berjudul “السلفية مرحلة زمنية مباركة وليست مذهب إسلامي”
Dalam salah satu bukunya yang paling populer “الجهاد في الإسلام” (Jihad dalam Islam) tahun 1993,
Dr Sa’id Ramadan al-Buti telah memberikan impak yang besar pada dunia islam, khususnya melalui karya ilmiahnya. Beliau menulis perbagai jurnal. Dia juga telah mengembangkan reputasi karena kemampuannya menangani pertanyaan isu-isu yang berkenaan dengan hukum Islam.
Beliau menyelesaikan dirasah Sanawiyah asy-Syar’iyah di Ma’had at-Tawajjuh al-Islamiyyah di Syria. Pada tahun 1953 beliau mengambil Fakulti Syariah di Universiti al-Azhar dan memperoleh syahadah ‘alamiyah pada tahun 1955.
Pada tahun berikutnya beliau masuk Fakulti Bahasa Arab Universiti al-Azhar, dan memperoleh Diploma Pendidikan di akhir tahun itu. Beliau menyelesaikan pengajian PHD dalam Usul Syari’ah Islamiyah dan memperoleh syahadah pada tahun 1965.
Beliau masih aktif dalam berbagai muktamar dan seminar internasional. Beliau merupakan anggota Majma’ al-Maliky untuk Penelitian Peradaban Islam di Amman. Beliau juga anggota Dewan Tertinggi dari Akademi Oxford.
Beliau adalah Dewan Penasehat tinggi Anggota untuk Yayasan Tabah di Abu Dhabi. Beliau mampu berbicara dalam bahasa Turki dan Kurdi, dan lancar dalam berbahasa English.
Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.
ada dengar dalam berita
satu kehilangan besar kepada umat islam
tapi, allah akan sentiasa menggantikan lagi dengan yang lain
Innalilahiwainnailaihi rojiun…. diakhir zaman ini sedikit nya ahli ilmu dan ramai yang jahil