Isu Mesir | Kenyataan Terbaru Syeikh Yusof Al-Qaradhawi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kenyataan Terbaru

Ringkasan Kenyataan Terbaru Oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Akbar Dr. Yusof Al-Qaradhawi Ketua Persatuan Ulamak Sedunia Hafizahullah

1. Rakyat Mesir mestilah bersama menyokong Presiden yang sah,Dr.Muhammad Mursi,kekalkan perlembagaan kerana ia merupakan kemestian untuk disempurnakannya manakala Abdul Fattah As-Sisi mestilah menarik balik tindakannya.

2. Fadhilatus Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Tayyib telah memilih jalan yang lebih menyukarkan akibat bersetuju dengan tindakan tentera ke atas Presiden Dr.Muhamamd Mursi.

3. Semua pihak di Mesir perlulah kembali bersatu untuk mengekalkan apa yang telah dicapai dalam Revolusi yang lalu.

Lintas Langsung

TERKINI : Isu Semasa Mesir

1) Jawatan Dr.Mohammed El-Baradei telah di tarik balik selepas Parti Hizb Nur tidak bersetuju dengan perlantikannya sebagai perdana menteri sementara. Naib Presiden Parti Nour kepada stesen TV “Al-Hayat” hari ini: “Pelantikan Baradei sebagai Perdana Menteri satu langkah yang akan menggugat negara Mesir pada beberapa tahun mendatang.”

2) Jurucakap Rasmi Pejabat Presiden Mesir telah menafikan pelantikan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Perdana Menteri yang baru dan berkata, hingga sekarang masih belum ditetapkan bila pembentukan kerajaan baru akan dibuat.

3) Gerakan Islam di Kuwait mengutuk rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir.

4) Parti Saadah Turki merancang untuk membuat himpunan pada Ahad depan bagi menyokong Presiden Mesir yang dipilih rakyat.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

5) Syeikh Ahmad Mahellawi : “Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara “langsung” tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi. Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya ‘menumpang’ siaran tv kerajaan.”

Dewan Senat Mesir

6) Setelah dekri dari (kerajaan sementara) yang diketuai oleh Adli Mansour membubarkan Dewan Senat, maka Anggota-Anggota Dewan Senat telah mengadakan persidangan mereka di atas pentas dataran Rabaah Adawiyyah. Mereka masih menganggap Dewan Senat masih sah dan dekri tersebut terbatal.

      Dalam persidangan tersebut, mereka mencapai keputusan:

  1. Menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera dan mengiktiraf Dr.Muhammad Mursi sebagai Presiden yang sah.
  2.  Mengiktiraf Perlembagaan 2012 masih diterima pakai walaupun tentera menggantung perlembagaan ini buat sementara waktu.

9) Graf Jumlah Penyokong Dr.Muhammad Mursi yang turun menyatakan sokongan kepadanya sekitar Kaherah sahaja melebihi 8.5 Juta orang. Tidak termasuk jumlah penyokong di seluruh muhafazah negara Mesir.

Graf Statistik Penyokong Dr. Mursi

14) Talian INTERNET akan dihentikan secara berperingkat bagi menutup kejadian yang berlaku di semua dataran seluruh Mesir.

 “يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *