Hukum Menyambut Valentine`s Day

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

VALENTINE`s Day mempunyai sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri-ciri inilah yang perlu diperhatikan supaya pengamatannya tidak terpesong dari hujah al-Quran dan as-Sunnah….

Antara Ciri-Cirinya :

(1)Menampilkan perayaan yang gilang gemilang dan bersuka ria sepertimana perayaan yang lain juga.

(2)Bertukar-tukar bunga mawar merah. Ianya sebagai tanda cinta penyembah berhala Rom kepada tuhan mereka, juga sebagai tanda gelora cinta antara kekasih beragama kristien.

(3)Menghantar kad “Valentine” yang kebanyakannya mengandungi gambar Cupid, seorang budak lelaki bersayap yang memegang panah. Dia adalah tuhan cinta buat penganut agama sembahan patung Rom.

(4)Mengisi kad yang dihantar dengan kata-kata yang melalaikan. Dengan cara tulisan syair dan puisi yang pendek dan menawan. Sebahagian mengandungi gambar-gambar yang melucukan dan kata-kata yang menghairahkan. Kebanyakkan kad ditulis “Dari Valentine kamu” atau “From your Valentine”, ia membawa makna pengagunggan kecintaan keterlaluan terhadap manusia.

(5)Malam Valentine`s Day dijadikan malam berasmara buat pasangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin.
ISLAM adalah agama cinta dan kasih sayang. Namun, mengapa kita dilarang merayakan Valentine`s Day?….

Jawapannya adalah seperti berikut:

(1)Perayaan dalam Islam adalah ibadah yang mendekatkan diri hamba kepada Allah Taala. Ia adalah syiar agama.

Umat Islam berbangga merayakan Aidilfitri kerana ia adalah hari umat Islam berjaya menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Umat Islam juga meresa gembira merayakan AidilAdha kerana meraikan orang yang beribadah Haji dan juga kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail yang amat menyentuh hati. Bahkan, hari Jumaat juga digelar sebagai hari raya, dan ia diraikan kerana hari itulah umat Islam berkumpul dan melakukan ibadat bersama-sama.

Sejak zaman Rasulullah ﷺ lagi, tidak wujud perayaan melainkan tiga hari raya yang telah disebutkan. Perayaan adalah ibadat “Tauqifiah”, tidak dilakukan jika tiada contoh dari Rasulullah ﷺ dan para sahabat. Makanya, perayaan Valentine`s Day dan perayaan lain yang tidak pernah wujud diaman Rasulullah ﷺ tidak boleh dilaksanakan.

(2)Perayaan Valentine`s Day adalah meniru budaya orang Kristien.
Umat Islam dilarang meniru budaya agama orang kafir. Oleh itu, bagaimana pula jika perkara yang dilakukan mereka itu adalah rekaan mereka sendiri? – Pastinya ia lebih haram dan dilarang.

Secara umumnya, meniru orang kafir – ahli kitab atau musyrik – adalah haram. Sama ada dari segi akidah, ibadah, peribadi atau cara hidup mereka ia tetap haram berdasarkan hujah dari al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak.

-1- Al-Quran

Allah Taala berfirman:

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berpecah belah dan berselisih (dalam agama mereka) setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas (yang dibawa oleh utusan-utusan Allah), dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh aab seksa yang besar.[Ali Imran: 105]

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

 

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Maksudnya:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah, serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan jangan pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras, dan banyak diantara mereka adalah orang fasik – derhaka.
[Al-Hadid: 16]

 

-2- As-Sunnah

Rasulullah ﷺ berkata:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya:

Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah termasuk dalam kalangan mereka.
[Direkodkan oleh Abu Daud] ([7])

Syeikhul Islam Ibnu Taimiah berkata: Hadith ini menunjukkan keadaan minima yang menunjukkan pengharaman menyerupai orang kafir, walaupun zahir makna hadith ini menunjukkan kepada kafir apabila menyerupai orang kafir.

 

-3- Ijmak (Sepakat Ulama)


Menurut Ibnu Taimiah, pada zaman para sahabat telah bersepakat pengharaman meniru perayaan-perayaan orang kafir. Ibnu Qayyim pula menyatakan bahawa ulama telah bersepakat pada perkara ini.

Hubungan berlebihan antara lelaki dan wanita tanpa hubungan perkahwinan.
Lelaki Muslim tidak boleh mewujudkan sebarang hubungan intim dengan sebarang wanita Muslimah tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Orang yang menyambut Valentine`s Day menjadikan hari tersebut sebagai tanda cinta atas hubungan intim yang tidak diredhai dan tidak diizinkan.

 

Prinsip Umat Islam

SETELAH memahami sejarah, realiti, penampilan dan hujah syarak terhadap Valentine`s Day, umat Islam perlu menetapkan prinsip mereka terhadap perayaan ini.

(1)Tidak merayakannya, atau menyertai orang yang merayakannya, atau menghadiri sebarang majlis-majlis Valentine`s Day.

(2)Tidak membantu sebarang usaha merayakannya, bahkan berusaha mencegah perayaan ini diadakan.

(3)Tidak menukar-nukar hadiah pada hari tersebut kerana ia bukanlah perayaan umat Islam.

(4)Berusaha menjelaskan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan anak buah terhadap keburukan dan pengharaman perayaan ini.

 

Disediakan oleh :
Syihabuddin Ahmad
Sahabat MANHAL PMRAM

_________________________

Artikel ini diambil dari buku :
“Apa Erti Cinta” hasil tulisan
Ustaz Syihabudin Ahmad MY.

([1]) Saint: Orang yang dianggap suci dalam agama Kristien.
([2])Ruj. Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine`s Day, Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor. Buletin at-Taqwa, Jabatan Mufti Selangor, Bil.9, m/s: 12
([3])Ruj. Artikel “Legenda Aurea, “Saint Valentine”, catholic-forum.com.
([4]) Ruj. Artikel “The History of Valentine’s Day”. History.com.
([5])Ruj. Artikel “History of Valentine’s day”. TheHolidaySpot.com
([6]) Eros: Biasanya digambarkan sebagai budak yang bersayap atau seorang lelaki kacak yang menunggang ikan lumba-lumba atau singa.
([7]) Komentar Hadith: Syeikh al-Albani berkata: Hasan Shahih
([8]) Ruj. Al-Iqtidha`: 1/314
([9]) Ruj. Ibid 1/454, Ahkam Ahlu Zimmah: 2/ 722-25
([10]) Ruj. Kajian Valentine`s Day: Kisah, Syiar dan Hukumnya. Ibrahim bin Muhammad Haiqal

 

5 thoughts on “Hukum Menyambut Valentine`s Day”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *