Himpunan Rakyat Memimpin Revolusi Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Semalam (Jumaat) 23 Ogos, menyaksikan jutaan rakyat keluar ke seluruh jalanraya di Mesir bagi membantah rampasan kuasa dan menentang pemerintah tentera. Perhimpunan semalam dinamakan “JUMAAT SYUHADA’ sempena memperingati rakyat yang telah syahid di medan Rabaah, Nahdhah dan seluruh medan lain di Mesir.

Sebelum hari perhimpunan sudah ribuan pimpinan Ikhwan Muslimin dan tokoh-tokoh yang menentang rampasan kuasa ditangkap dan ditahan dalam lokap. Rakyat Mesir kini sudah tidak takut lagi, biarpun hampir 10,000 sudah ditangkap, mereka tetap keluar menyatakan bantahan mereka.

Demo “JUMAAT SYUHADA” yang mendapat sambutan hangat dan memperlihatkan tentera tidak mampu untuk menyekat lebih daripada 300 Perarakan di seluruh Mesir. Demo diteruskan dgn tema “RAKYAT MEMIMPIN REVOLUSI”. Tema ini dipilih setelah majoriti pimpinan ikhwan dan gabungan telah ditangkap.

Pakatan pro Morsi menyatakan tangkapan pimpinan tidak memberi kesan kepada usaha mereka untuk terus menekan kerajaan kudeta, bahkan rakyat sendiri yang akan menerus dan memimpin revolusi ini.

Rakaman Video Detik-Detik Pembunuhan Rakyat Mesir  Klik Di Sini : FB Dunia Islam Kini

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Mesir Terkini

“Allah Telah Cabut Rasa Takut Dalam Diri Mereka Dengan Segala Peluru & Penjara Bukan Lagi Ancaman Buat Mereka”

 

SUMBER :
‎R.N.N | شبكة رصد
Prihatin Mesir

 

3 thoughts on “Himpunan Rakyat Memimpin Revolusi Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *