Hakikat Sesuatu Penyakit

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Dalam kitab الطب النبوي pengarang (ibn Qayyim) ada menyatakan, penyakit yang menimpa seseorang individu adalah daripada kelemahan spiritual dan fizikal mereka. Maka, sebarang penyakit boleh diubati dan mestilah mengikut jaluran yang telah diletakkan panduannya oleh baginda Nabi s.a.w. dengan meraikan pandangan dan pendapat ulama tentang keseragaman antara perubatan dan fiqh… Maka fiqh perubatan itu amat penting kerana ianya berkait-rapat sesuatu penyakit dan penawar dengan keyakinan dan kefahaman kita dalam persoalan fiqh agar penyakit yang diturunkan oleh Allah taala maka tempat bergantung penawarnya juga adalah daripada Allah taala.

Nabi s.a.w. juga pernah memnyarankan kepada mana-mana dikalangan sahabatnya untuk mencarikan doktor untuk merawat penyakit.

أن رسول الله (ص) قال لهما : أيكما أطب؟ فقالا : أو في الطب خير يا رسول الله؟ فقال : أنزل الدواء الذي أنزل الداء

“Mana satu antara kamu berdua yang lebih baik perawatannya? Maka kedua-dua sahabat tadi bertanya kepada Rasulullah : Dalam perubatan itu ada kebaikankah wahai Rasulullah? Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : Telah diturunkan penyakit yang diturunkannya juga ubat (perawatannya)”. (Hadis Riwayat Imam Malik bin Anas)

Dalam hadis lain daripada Amru bin Syuaib, daripada ayahnya, daripada datuknya telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

من تطبب ولم يعلم منه الطب قبل ذلك فهو ضامن

“Sesiapa yang berubat tanpa mengetahui disisinya sesuatu ilmu perubatan maka dirinya sebagai jaminan (bertanggungjawab atas kesan dan risiko yang bakal dihadapi”. (Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah)

Dalam hadis-hadis diatas, ia mengandungi tiga perkara penting untuk disingkapi. Antaranya tentang etimologi, fiqh dan perubatan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

– Dari sudut etimologi : kalimah الطب ianya dibaca dengan baris bawah yang membawa kepada beberapa maksud dalam sandaran Bahasa Arab :

1. Pembaikan الإصلاح
2. Kemahiran الحذق
3. Kebiasaan العادة
4. Mempersona السحر

– Dari sudut Fiqh : Sesiapa yang berubat dan mencari penawar tanpa memiliki kemahiran dan pengetahuan tentang bidang perubatan maka dia sebenarnya sedang berhadapan dengan nyawanya sebagai tebusan. Maka jumhur ulama menyatakan haram sekiranya sengaja mencampakkan dirinya kedalam kebinasaan kerana setiap penyakit yang diturunkan Allah pasti ada penawarnya.

Oleh itu, berubat dan berusaha mencari doktor untuk mengelakkan sesuatu bencana yang akan membinasakan diri sendiri merupakan amalan yang syar’ie.

– Dari sudut Perubatan : Ia menunjukkan tentang galakan dan gesaan Nabi s.a.w. untuk menceburi bidang perubatan dan sentiasa mencari jalan untuk mengelakkan kemudaratan. Ianya termasuk dalam konteks fardhu kifayah.

Maka, perubahan zaman memerlukan kepada teori dan proses perubahan yang lebih baik dengan alatan-alatan dan kajian moden, maka tidak salah sekiranya perubahan-perubahan cara perubatan mengikut teknologi terkini digunakan. Bahkan, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ijazah kedoktoran daripada mana-mana university dan medan pengajian merupakan satu kewajipan kifayah kepada seluruh umat Islam.

Oleh itu, wujudnya satu entiti dan kesatuan kedoktoran dibawah satu Kementerian Kesihatan Negeri atau seumpamanya merupakan langkah baik bagi menghimpunkan pelbagai persoalan, masalah dan tindakan tentang perubatan moden yang sekaligus mampu menjadi tempat rujuk apabila tertimpanya sesuatu musibah penyakit.

Wallahu a’lam.

 

Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *