Hakikat Sebenar Pembunuhan Terbaru Rakyat Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Hakikat Penyembelihan “Rabaah” Waktu Sahur  27 Julai 2013

Selepas rampasan kuasa bertarikh 3 Julai lalu, dua institusi milik rakyat iaitu tentera dan polis yang sepatutnya menjaga keselamatan mereka tapi dilihat sentiasa bekerjasama dalammembuat kacau pada siri-siri himpunan menyokong Mursi. Polis akan bertukar ganti dengan tentera dalam memerangi rakyat yang menolak rampasan kuasa.

Jika pembunuhan “Solat Subuh” awal pagi 8 Julai lalu yang membunuh 113 orang dilakukan oleh tentera, maka pembunuhan awal pagi ini, 27 Julai pula diselia sendiri oleh pasukan polis. Bezanya kali ini angka kematian lebih tinggi berbanding pembunuhan “Solat Subuh” iaitu 200 orang.

Serangan yang bermula sebaik sahaja solat tahajjud tamat di dataran Raba’ah kira-kira jam 2.30 pagi. Ia berlaku di Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat yang menjadi salah satu “pintu masuk” ke dataran Raba’ah, lokasi perkumpulan penyokong Mursi.

Dataran Anwar Sadat

Operasi pembunuhan ini menyusul selepas kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim, malam sebelumnya. Halaman online “Al-Ahram” melaporkan Ibrahim berkata, kedua-dua himpunan itu akan dileraikan terdekat ini mengikut lunas-lunas perundangan.

Menurut “Al-Ahram”, kenyataan Ibrahim itu dilafazkannya dalam satu temubual stesen televisyen tempatan dan kata Ibrahim, “Tiada faedah pada himpunan kedua-dua ini kerana Mesir tidak akan berundur kembali ke belakang.”

Kenyataan ‘menggila’ Ibrahim ini turut dilaporkan oleh berita web “Masryl Youm” yang dituturkan Ibrahim ketika ditemubual oleh dua stesen tv tempatan iaitu “Al Hayat 2” dalam segmen “Mesir Baru” serta kali kedua melalui tv “CBC” dalam rancangan “Di Sini Ibu Kota” pada lewat hari Jumaat.

Dalam rancangan itu, Ibrahim turut mengulas himpunan “Tidak untuk Keganasan” yang diseru oleh sekutunya, As-Sisi. Kata Ibrahim, himpunan itu berjalan dengan baik di seluruh negara kecuali wilayah Iskandariah yang menyaksikan kumpulan Ikhwan Muslimin menguasai Masjid Qaid Ibrahim. Mereka juga dituduh oleh Ibrahim melepaskan tembakan kepada rakyat serta pasukan polis yang berada di luar masjid.

Demikian pembohongan Ibrahim yang diulangi sekali lagi dalam sidang media hari ini yang disiarkan secara langsung oleh tv rasmi kerajaan.

Yang lebih menghairankan, kewujudan pasukan penembak tepat yang berada di atas bangunan Fakulti Dakwah, yang terletak dalam kampus Universiti Al-Azhar di Madinah Nasr. Siapa yang mengizinkan mereka berada di bangunan milik Al-Azhar? Jika pentadbiran Al-Azhar tidak tahu-menahu, sewajarnya terdapat kenyataan rasmi dari pihak Al-Azhar yang mengutuk dan menafikan pembabitan mereka dalam tragedi ini.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Tetapi ia tentu sekali bercanggah dengan pandangan Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. Malangnya, pada 25 Julai lalu, Syeikh Al-Azhar seperti yang disiarkan ucapannya oleh televisyen rasmi negara meminta rakyat Mesir membantu POLIS dan TENTERA, sebagai ulasan beliau kepada seruan As-Sisi sebelum itu yang meminta rakyat turun menyokongnya.

Agak menghairankan, bagaimana Syeikh Al-Azhar selepas pembunuhan “Solat Subuh” 8 Julai lalu telah mengambil pendekatan “beriktikaf di rumah” tiba-tiba mengejutkan dunia pada 25 Julai lalu dengan pandangan peribadinya yang saya kira bukan mewakili ribuan ulamak Al-Azhar lain yang jelas menolak rampasan kuasa ini.

Jalanraya di hadapan Kubur Anwar Sadat itu bertukar menjadi “medan tempur” antara rakyat yang hanya berbekalkan suara takbir dengan pasukan polis yang lengkap bersenjata yang berterusan selama 4 jam tanpa henti. Tembakan polis hanya dihentikan sekitar jam 9 pagi dan ketika itu, mangsa korban telah mencecah angka lebih 100 orang. Jarak antara medan tempur dengan pentas utama Raba’ah atau hospital Raba’ah itu tidak sampai 5 kilometer. Jam 11 pagi, pihak pengurusan hospital mengumumkan hospital tersebut sudah tidak mampu lagi menampung jumlah mereka yang cedera lalu terpaksa dibawa ke hospital-hospital berdekatan.

Rakyat Mesir Syahid

Jam 2 petang, Ibrahim muncul di kaca televisyen bersama pembesar KDNnya. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Ibrahim bagi menghembur fitnah semahunya bagi mempertahankan operasi polis. Antara lain menurut Ibrahim:

1) Polis hanya menggunakan gas pemedih mata dan langsung tidak menggunakan peluru atau senjata berhadapan dengan rakyat (atau digelarnya penyokong Ikhwan).

2) Tindakan polis itu bagi meleraikan himpunan penyokong Mursi yang dilihat cuba menguasai dan menutup laluan Jambatan 6 Oktober.

3) Pasukan polis juga terpaksa berhadapan dengan penyokong Ikhwan yang menggunakan senjata api dan tembakan turut dilepaskan kepada polis. Terdapat kecederaan yang kritikal di pihak polis.

4) Kejadian yang sama berlaku di Masjid Qaid Ibrahim apabila penyokong Ikhwan melepaskan tembakan kepada polis dan turut membunuh penduduk tempatan.

*Kesemua kenyataan ini telah dinafikan oleh Ikhwan sendiri dan beberapa pertubuhan yang turut serta dalam himpunan di Raba’ah. Semua sumber dari kerajaan kudeta Mesir tidak boleh dipercayai.

*Sebagai contoh, sumber Kementerian Kesihatan yang memberikan angka rasmi kematian pagi ini hanya berjumlah 29 orang dan kecederaan 177 orang. Sebetulnya, 200 orang mati dan 4,500 orang cedera.

“Cuma, apa yang dibimbangi Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini iaitu “Pihak polis akan meleraikan perhimpunan di dataran Raba’ah dan Nahdhah terdekat ini dengan penyelarasan bersama pihak tentera.”

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *