Asal kejadian alam semesta telah diceritakan didalam Al Qur’an pada ayat berikut:
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Maksudnya : “Dialah pencipta langit dan bumi.” (QS Al-An’am : 101)
Keterangan yang diberikan Al Qur’an bersesuaian penuh dengan penemuan ilmu pengetahuan masa kini. Kesimpulan yang didapati oleh astronomi saat ini, bahawa keseluruhan alam semesta terhasil dari suatu ledakan yang kuat yang tejadi dalam masa yang sikap. Peristiwa ini, yang dikenal sebagai “Big Bang”,yang membentuk keseluruhan alam semesta sekitar 12 – 14 bilion tahun dahulu.
Bukti teori Big Bang dalam Al Qur’an ada firman Allah :
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya : “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (QS Al-Anbiya’ : 30)
Dalam Ayat tersebut telah menyebut perkataan “ratqa” yang bermaksud sesuatu yang bercantum. Dan perkataan “fataqa” pulak bermaksud sesuatu yang mengembang.Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata ” Langit dan Bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain.Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlaukulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat tersebut.
Berhubung dengan tafsiran ini. Syeikh Said Hawa berkata dalam kitab Al-asas fi at-Tafsir “Tafsiran yang dibuat , sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair menceritakan sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini”. Kenyatan ini memang selari dengan penemuan sains pada hari ini berhubung kejadian alam semesta.
mengikut teori Big Bang, alam ini asalnya bercantum padu,kemudian berlakunya satu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 16 bilion tahun dahulu, selepas itu berlaku pergembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan seumpamanya.
Teori ini berasaskan formula General Theory of relativity yang yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun1915,kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia Alexander friedmann mengembangkan lagi teori ini.Pada tahun1929 seorang tokoh astronomi Amerika Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang.
Ketika kita membandingkan ayat Al-Quran dengan berbagai penemuan ilmiah, akan kita dapati bahawa kedua-duanya benar-benar bersesuaian antara satu sama lain.