Langkah Penjagaan Ketika Jerebu

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia (“World Meteorological Organization”) termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara

>> 0 – 50 Baik
>> 51 – 100 Sederhana
>> 101 – 200 Tidak sihat
>> 201 – 300 Sangat tidak sihat
>> 301 – 400 Berbahaya
>> 401 – 500 Sangat berbahaya
>> Lebih 501 Darurat

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Mengalami Masalah kesihatan

– Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
– Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
– Iritasi di mata serta mata yang merah
– Kulit terasa gatal

Langkah-Langkah Menjaga Kesihatan Dari Udara Yang Tercemar Akibat Jerebu.

>> Kurangkan aktiviti luar.
>> Jangan merokok.
>> Banyakkan minum air (Sekurang-kurang 2 Liter sehari).

>> Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
>> Dapatkan nasihat doktor.
>> Pastikan didalam rumah Anda sentiasa bersih.

Langkah Penjagaan Ketika Jerebu

 

SUMBER :
Astro Awani
Wikipedia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *