Ribuan Muslim terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Republik Afrika Tengah ( CAR ) bagi menyelamatkan diri daripada serangan sekumpulan Kristian yang memberontak. Dalam kejadian tersebut, sebuah masjid yang terletak di ibu negara Bangui telah dibakar.
“Mereka memecah masuk dan membakar rumah imam masjid serta memberontak dengan memusnahkan bangunan berkenaan,” Ujar Joanna Mariner dari Amnesty Antarabangsa , sebagai wakil daripada Voice of America.
“Sambil melaungkan slogan anti-Muslim, mereka menunjukkan isyarat ‘maut’ dan menyeru agar presiden yang baru dilantik agar berundur,” tambahnya lagi.
Rusuhan tersebut berlaku setelah Presiden Michel Djotodia mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin Muslim pertama di negara tersebut setelah Presiden Bozize digulingkan pada 24 Mac lalu .
Menurut laporan, majoriti penganut Kristian merancang untuk membalas dendam akibat peristiwa penggulingan pemerintahan sebelum ini. Justeru, mereka tidak berpuas hati dan melancarkan serangan melalui siri pembunuhan sejumlah Muslim dan menyebabkan beribu-ribu telah melarikan diri ke tempat yang lebih selamat.
Dengan slogan “Hapuskan Muslim”, kumpulan tersebut menyerang harta milik umat Islam dan masjid-masjid , mereka turut memusnahkan premis perniagaan milik Muslim .
Berdasarkan laporan pejabat kemanusiaan PBB , kira-kira 400 orang telah meninggal dunia dan ratusan lainnya mengalami kecederaan sejak Khamis lalu iaitu bermulanya serangan. Sementara pada itu , Perancis dan sekutunya Kesatuan Afrika telah mengatur rancangan dan akan mengerahkan beberapa ribu tentera ke Republik Afrika Tengah (CAR) dengan misi mereka untuk ‘menjaga keamanan’ dan mendakwa bahawa golongan Kristian di negara tersebut telah diancam kaum Muslim di sana .
SUMBER :
Arrahmah.Com
We Care For Islam
map2care.blogspot.com