Mesej Bahaya Dari Menteri Pertahanan Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Ucapan terbaru dari Menteri Pertahanan Abdul Fatah As-Sisi amat bahaya bagi masa depan negara dan demokrasi di negara Mesir. As-Sisi dalam ucapannya meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah berkata secara jelas:

“Saya meminta rakyat Mesir yang bebas dan mulia untuk turun ke jalanraya-jalanraya Jumaat ini bagi memberikan kepada saya (askar) satu kuasa dan arahan untuk menamatkan keganasan yang berlaku.”

Apa yang anda faham dari petikan ucapan As-Sisi ini. Saya ringkaskan kepada beberapa noktah penting:

1) Kumpulan penentang Mursi terpaksa menggunakan As-Sisi sebagai pemberi arahan untuk kumpulan mereka turun selepas beberapa siri majlis berbuka puasa anjuran Tamarrud yang diadakan di Tahrir tidak mendapat sambutan sama seperti hari 30 Jun bagi menjatuhkan Mursi. Mereka terpaksa mengerahkan tenaga anggota polis yang berpakaian biasa untuk turun berbuka puasa di Tahrir. Itupun jumlah mereka sekitar 1,000 hingga 2,000 orang. Kemungkinan mereka tidak memiliki daya juang dan jihad yang tinggi tambahan berada dalam bulan Ramadhan seperti pejuang-pejuang di Raba’ah yang sanggup berdiri dan berpanas terik.

As-Sisi

2) Arahan As-Sisi ini menunjukkan secara jelas siapa yang memerintah Mesir hari ini. Bukan Adli Mansour sebagai Presiden sementara tetapi As-Sisi. Mansour hanya boneka Sisi.

3) Ucapan As-Sisi ini membayangkan kebimbangannya kepada himpunan raksasa yang lebih besar kerana Ikhwan Muslimin dan gabungan Kerjasama Kebangsaan mengumumkan Jumaat ini bersamaan 17 Ramadhan adalah “Jumaat Furqan” bertepatan sambutan memperingati Nuzul Al-Quran. Mengimbau beberapa Jumaat sebelum ini telah menyaksikan hampir 10 juta rakyat keluar menolak rampasan kuasa kerana kebetulan Jumaat merupakan cuti minggu.

4) Apa yang paling bahaya petikan ucapannya ialah “…bagi memberikan kuasa kepada saya”..Maksudnya jika Tahrir mampu menghimpunkan angka jutaan Jumaat ini maka ia akan memberi isyarat sokongan kepada tentera untuk meleraikan himpunan di Raba’ah dan Nahdhah yang memasuki minggu ketiga walaupun terpaksa dibunuh dan diceroboh mereka yang berada di Raba’ah maka ia bakal menyaksikan lebih banyak korban. Himpunan di Tahrir kelak sebagai “lesen besar” bagi As- Sisi bertindak lebih kasar kepada rakyat di Raba’ah. Matlamat utama tentera kini hanya mahu meleraikan himpunan di Raba’ah dan Nahdhah kerana imej As-Sisi jatuh di mata dunia waktu ini dengan kewujudan rakyat di dua lokasi ini. Taktik menggunakan polis dan militia samseng sebelum ini juga gagal meleraikan himpunan ini.

5) Istilah “pengganas” akan terus digunakan oleh penyokong rampasan kuasa bagi memberikan sokongan padu apa jua tindakan tentera selepas ini. Jika dibunuh mereka yang berhimpun maka ia “bukan satu kesalahan” kerana tentera bertindak memerangi pengganas. Apa jua tindakan yang mungkin mengejutkan kita dan dunia selepas ini maka tentera akan bertindak demi atas nama “memerangi pengganas” sedangkan “pengganas” itu tidak dilabelkan kepada kumpulan asing yang lain melainkan sebahagian rakyat Mesir dari kumpulan-kumpulan Islam termasuk Ikhwan Muslimin.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Abdul Fatah As-Sisi

Desakan Abdul Fatah As-Sisi supaya seluruh rakyat turun ke jalanraya Hari InI bersamaan hari Jumaat bagi “memberikan kuasa kepada beliau berhadapan dengan pengganas” mendapat reaksi pelbagai.Beberapa parti dan pertubuhan Islam melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan yang keluar dari mulut seorang ketua tentera yang dilihat cuba mengheret Mesir ke kancah perang saudara.

Apapun rata-rata berpandangan bahawa ucapan As-Sisi itu adalah “isytihar perang” kepada rakyatnya sendiri. Seperti yang disebutkan As-Sisi memang berhadapan tekanan setelah 3 minggu rampasan kuasa berlaku tetapi rakyat yang menolak rampasan kuasa saban hari keluar menyatakan pendirian mereka.

Dengan kerugian saham yang dicatatkan semalam lebih LE5 juta, perkhidmatan kereta api dalam negara juga dilaporkan kerugian LE4 juta, sektor pelancongan yang terjejas teruk, keanggotaan Mesir digantung dari Kesatuan Afrika, keengganan beberapa negara luar mengiktiraf kerajaan Sisi maka ini semua memberi tekanan yang dahsyat kepadanya.

Dilaporkan semalam Amerika kini mula ragu dengan kebolehan orang suruhannya, As-Sisi. Walaupun perancangan jahat menggulingkan Mursi ini turut melibatkan Amerika tetapi Amerika tidak ingin imejnya sebagai kuasa dunia terjejas. Semenjak rampasan kuasa, lebih 200 nyawa menjadi korban.

Amerika telah memberi tempoh masa seminggu kepada As-Sisi untuk menyelesaikan krisis ini. Sebagai ‘hukuman awal’ kepada Sisi, Amerika menangguhkan penghantaran bantuan empat buah jet pejuang F-16 kepada Mesir memandangkan situasi semasa negara itu. Jika As-Sisi gagal dalam tempoh yang diberikan, tidak mustahil As-Sisi menerima nasib yang sama seperti Mubarak. Meskipun Mubarak boneka Amerika tetapi ketika kemuncak penentang rakyat Januari 2011, Mubarak diminta berundur kerana dilihat tidak lagi berguna untuk dikekalkan.

“Demikian bekerja dengan orang jahat, bukan sekadar habuan tidak diberi. Kemungkinan diri menjadi mangsa.”

Syeikh Yusuf Qaradhawi

Syeikh Yusuf Qaradhawi dalam kenyataan terbaru menggesa semua kembali kepada “peti undi” sebagai pemutus kepada situasi politik hari ini yang menyaksikan Mursi sebagai Presiden yang dipilih sementara perlembagaan 2012 merupakan perlembagaan pertama dalam sejarah yang dilakukan pungutan suara.

Beliau juga menyeru kepada anggota dan pegawai tentera untuk tidak mengikut arahan Sisi atau sesiapa jua dikalangan pemimpin tentera untuk menembak rakyat sendiri. “Haram bagi anda menembak saudara anda sendiri..”

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul malik Bin Abdul karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *