30 Jun yang lalu merupakan hari pemberontakan (Rebel/تمرد) ke atas Presiden Dr. Muhammad Morsi dan kesannya dapat dilihat dengan jelas situasi yang berlaku saat ini. Fokus saya, sejak ledakan Revolusi 25 Januari hingga saat ini memang tidak lekang dari seorang tokoh yang kononnya jiwa demokrasi malah penerima Nobel Keamanan tahun 2005 dan individu ini bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) iaitu Mohamed El Baradei.
Sekarang, El Baradei Presiden Parti Ad-Doustur di Mesir. Juga, individu penting dalam penubuhan Barisan Penyelamat Mesir (جبهة الانقاذ المصري/National Salvation Front) yang terdiri daripada 35 buah parti-parti politik, gerakan politik dan revolusi (aliran liberal, haluan kiri, sosialis, sekular, demokratik dan saki-baki rejim Mubarak). Anggota tertingginya, El Baradei dan calon-calon Presiden yang kalah seperti Hamdain Sobahi dan Amru Moussa. Rebel yang berlaku baru-baru ini, El Baradeilah yang menggesa pihak pembangkang terutamanya Barisan Penyelamat Mesir dan Gerakan Pemberontak turun ke demonstrasi besar-besaran bagi mendesak Presiden Morsi berundur dan menyeru kepada pilihanraya Presiden terlebih awal.
Apa yang menarik, El Baradei pernah menyeru kepada rakyat Mesir agar memboikot pilihanraya parlimen (selepas parlimen yang pertama selepas Revolusi 25 Januari dibubarkan), demikian itu alasan El Baradei kerana ianya menyingkap demokrasi palsu pemerintahan Jamaah Ikhwan Al-Muslimin. Padahal, pilihanraya parlimen yang diadakan sebelum ini menunjukkan ianya berlangsung secara telus tanpa penyelewengan.
Respon El-Baradei Tentang Situasi Yang Berlaku di Mesir Selepas Rampasan Kuasa Ke atas Dr. Muhammad Morsi
1. Kewajaran Penyingkiran Dr.Morsi dari Presiden
“Semasa tentera menyingkirkan Morsi pada hari itu, dia (El Baradei) kerap menghubungi Menteri Luar Amerika Syarikt, John Kerry dan Catherine Ashton selaku pihak tertinggi Polisi keselamatan dan Hubungan Luar Kesatuan Eropah bagi memujuk kedua-duanya betapa perlu menyingkirkan Morsi dengan tujuan untuk memulakan langkah baru mengubah Mesir kepada pemerintahan yang demokratik,” kata El-Baradei.
2. Kewajaran Menutup Siaran-Siaran Satelit & Berita Yang Cenderung Kepada Pro-Islamiyyah
El-Baradei menjelaskan dari wakil keamanan “Bahawa siaran-siaran satelit Islamiah yang ditutup kerana ianya mengalakkan kepada keganasan dan memprovokasi melakukan jenayah serta pembunuhan, lalu ianya mesti ditutup buat sementara waktu. Kata El Baradei, sebahagian dari stesen-stesen satelit yang digeledah turut ditemui senjata.”
3. Kewajaran Tidak Percaya Kepada Presiden Mesir Dr. Mursi
El-Baradei berkata, “Bukannya sesuatu yang mudah bagi kami mengambil langkah dari perundangan untuk menggugurkan kepercayaan (seperti undi tidak percaya) tetapi rakyat yang mendesak sedemikian apabila mereka berbondong-bondong ke Dataran Tahrir. Pada hemat saya, tidak boleh lagi kami menanti sekalipun ditambah satu minggu.”
Tambah El-Baradei, “kita baru sahaja kerugian 2 tahun setengah”, sebagaimana perumpamaan Yogi Berra, “It’s deja vu all over again” tetapi kita harap dapat bertindak ke arah yang betul kali ini.”
David D. Kirk Patrick, Penulis New York Times membangkitkan sebaris kata dari bekas Presiden Amerika Syarikat ke-32, Franklin Delano Roosevelt, “In politics, nothing happens by accident. If it happens, you can bet it was planned that way.”
SUMBER :
Ustaz Abdul Muin Bin Abdul Manan
Portal Berita Al-Sharq Alawsat
Berita Dostor dan Al-Arabiya