Mubarak Menang Dalam Pilihanraya Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Ikhwan Muslimin

PERIHAL MUBARAK MENANG PILIHANRAYA DENGAN MENIPU…

Tidak dapat dinafikan penipuan yang dirancang oleh Mubarak pada Pilihanraya Parlimen 2010 menjadi faktor mendorong rakyat bangkit pada Revolusi 25 Januari 2011. Melihat kepada ‘pencapaian’ parti Mubarak, Parti Demokratik Kebangsaan (telah dibubarkan) ketika itu memperoleh lebih 95 peratus undi popular berbanding Ikhwan Muslimin dengan menyapu bersih hampir kesemua kerusi Parlimen. Seteru politik Mubarak, Ikhwan Muslimin pada pilihanraya 2005 menang 88 kerusi gagal memperoleh sebarang kerusi pada pilihanraya 2010.

Sebenarnya lapan kali pilihanraya Parlimen di bawah Mubarak, partinya berkuasa dengan sebab penipuan,ugutan dan rasuah tetapi pilihanraya 2010 adalah yang paling kotor. Laporan menyebut bagaimana pengundi dihalang keluar mengundi, mereka yang berbaris di hadapan pusat mengundi ditembak gas pemedih mata, penyokong tegar Ikhwan Muslimin ditukar tempat mengundi selain wang dan ugutan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Terdapat wakil dan ejen calon Ikhwan Muslimin dibelasah oleh pegawai pilihanraya (iaitu golongan hakim kerana yang menyelia pilihanraya di Mesir adalah kalangan hakim) dengan dibantu oleh kumpulan samseng upahan dari parti Mubarak di dalam pusat mengundi. Mereka yang hanya dibenarkan masuk mengundi ialah mereka yang memiliki kad keahlian parti pemerintah.

Tetapi terdapat kalangan hakim (bukan anggota Ikhwan Muslimin ) yang mengurus pusat pengundian cenderung kepada keadilan, minat kepada Islam dan menjaga solat mereka yang bencikan kepada pengkhianatan. Mereka inilah yang membantu membongkar penipuan yang dilakukan dalam pusat mengundi. Tetapi Mubarak telah menyenarai hitamkan hakim-hakim ini dan mereka tidak dinaikkan pangkat.

Bila Mursi berkuasa, kalangan hakim-hakim yang telus ini diberikan tempat dalam pentadbiran. Nama-nama seperti Talaat Abdullah (Peguam Negara ketika ini), Ahmed Mekki (bekas Menteri Kehakiman) dan abangnya Mahmoud Mekki (bekas Naib Presiden Mesir) adalah antara nama-nama hakim yang berani mendedahkan penipuan yang dilakukan.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *