Keputusan akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen…..
Parlimen
Pilihanraya Umum Ke-12 :
Barisan Nasional 140
Pakatan Rakyat 82
Pilihanraya Umum Ke-13 :
Barisan Nasional 133 (-7),
Pakatan Rakyat 89 (+7)
Total : 222 kerusi
DUN
Pilihanraya Umum Ke-12 :
Barisan Nasional = 344,
Pakatan Rakyat = 161
Pilihanraya Umum Ke-13 :
Barisan Nasional = 275 (-71),
Pakatan Rakyat = 230 (+71)
Total : 505 kerusi
UNDI Keseluruhan Parlimen (Popular votes)
Pilihanraya Umum Ke-12 :
Barisan Nasional = 4.0 Juta,
Pakatan Rakyat = 3.7 Juta
Pilihanraya Umum Ke-13 :
Barisan Nasional = 5.3 Juta,
Pakatan Rakyat = 5.6 Juta
Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%)
KESELURUHAN KERUSI PARLIMEN PILIHANRAYA UMUM Ke-13 :
Semenanjung Malaysia
Barisan Nasional : 76
Pakatan Rakyat ; 80
sabah & Sarawak
Barisan Nasional ; 57
Pakatan Rakyat ; 9
KESELURUHAN DAFTAR PEMILIH BAGI PARLIMEN :
Pemilih Berdaftar : 13,268,002
Pengundi : 12,257,147 (84.8%)
Undi Rosak : 171,556 (1.3%)
KESELURUHAN DAFTAR PEMILIH BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI :
Pemilih Berdaftar : 11,351,694
Pengundi : 9,742,254 (85.8%)
Undi Rosak : 151,780 (1.3%)
STATISTIK KERUSI PARLIMEN ;
STATISTIK KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI ;
STATISTIK JUMLAH KERUSI PARLIMEN DARI 2004-2013 :
BARISAN NASIONAL ;
Tahun 2004 – 198 kerusi
Tahun 2008 – 140 kerusi
Tahun 2013 – 133 kerusi
PAKATAN RAKYAT;
Tahun 2004 – 24 kerusi
Tahun 2008 – 82 kerusi
Tahun 2013 – 89 kerusi
#InfoPRU13 : BN bertanding 221 daripada 222 kerusi Parlimen kecuali Pasir Mas.
Berikut ialah Analisa pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1)Analisa Penuh PRU 13 kali ini menyaksikan Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:Selangor – Pakatan 44, BN 12Penang – Pakatan 30, BN 10Kelantan – Pakatan 33, BN 12
2)Analisa Penuh PRU 13 menyaksikan MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3)Analisa Penuh PRU 13 menyaksikan DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008. DAP – 38PKR – 30PAS – 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7)Analisa Penuh PRU 13 menyaksikan Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8 )Analisa Penuh PRU 13 menyaksikan BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut Perak BN 31 PR 28Terengganu BN 17 PR 15Kedah BN 21 PR 15Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11)Analisa Penuh PRU 13 menyaksikan PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12)Analisa Penuh PRU 13 menyaksikan calon dari PERKASA tewas. Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.