Syarat-syarat dan keperluan untuk membuka akaun eBay & Payoneer

 

Nak guna platform eBay ni kena ikut peraturan ebay. Sejak 2014 akaun ebay kami masih bertahan sehingga kini. Untuk yang baru bermula hanya perlu satu akaun ebay sahaja. Apa yang kami buat dan lakukan untuk maintain akaun sejak 2014 adalah seperti dibawah

 

1. Laptop ataupun desktop
Anda digalakkan gunakan laptop ataupun desktop untuk menjual di eBay. Ada juga eBay apps tapi lebih sesuai anda gunakan laptop ataupun desktop. Ada banyak feature yang ada di laptop/desktop tetapi tiada di apps telefon.
Bagi yang gunakan telefon biasanya mereka jadikan desktop view di paparan telefon. Cuma kami Tim Export Mudah gunakan dekstop untuk buat kerja eBay. Untuk apps eBay kami hanya check order sahaja.

 

2. Email, Nombor telefon, kad debit/kredit yang belum digunakan untuk mendaftar akaun eBay dan Payoneer
Ini sangat penting. Kalau anda dah pernah guna untuk daftar akaun eBay, kena guna yang lain. Contohnya kalau dah pernah guna email A untuk daftar eBay, tak boleh guna email A lagi. Guna email yang lain.

 

Sama juga kalau dah pernah guna nombor telefon ataupun kad debit, tak boleh guna yang sama lagi. Guna nombor telefon dan kad debit yang lain. Kalau guna juga memang sangat tinggi kebarangkalian akaun anda itu kena permanent suspend.

 

Sebelum daftar eBay, pastikan akaun bank mempunyai baki RM50. Perlu hubungi bank dan beritahu yang hendak aktifkan international purchase. Ini kerana setiap bank akan membuat sekatan untuk kad debit membuat transaksi di luar negara.

 

Memang kena call bank untuk aktifkan international purchase. Boleh lihat nombor belakang kad debit untuk mengetahui nombor khidmat pelanggan bank. Pastikan kad debit ada logo visa ataupun mastercard.

 

 

Senarai bank yang pernah digunakan untuk membuat akaun ebay adalah
1. Maybank

2. Ambank

3. RHB

4.Affin Bank

5. Hong Leong Bank

6. BSN

Untuk bank lain cuba guna dahulu. Jika tidak boleh bermakna kad bank tu tak boleh digunakan. Cuma pastikan anda sudah aktifkan international purchase dan juga online transcation dengan pihak bank dahulu ye.

 

Untuk Maybank, kena aktifkan e-payment (kena call maybank) dan juga kena aktifkan international purchase di maybank2u. Anda kena call maybank dan nanti mereka akan ajar cara-cara nak aktifkan e-payment dan juga international purchase.

 

Untuk bank BSN, perlu aktifkan e-payment dan juga international purchase di mesin ATM BSN. Boleh call Bank BSN untuk cara-cara pengaktifan ini.
Untuk bank lain, kena call bank untuk aktifkan international purchase.

 

Kalau nak guna kad MPay pun boleh. Walaupun guna MPay anda perlu call bank untuk aktifkan international purchase dan epayment. Boleh baca di rentassempadan

 

3. Browser internet seperti mozilla, chrome dan safari.

 

Sebelum buka akaun eBay dan Payoneer, clearkan cookies browser inyternet anda dahulu. Cara nak clearkan cookis boleh refer di Youtube dengan kata kunci ” clear cookies browser ”

Jangan guna private browsing. Selepas clearkan cookies guna browser macam biasa kerana pihak ebay hendak membaca cookies.
Dan pastikan jika hendak melayari akaun ebay, layari di komputer ataupun laptop yang sama. Jika membuka di komputer lain ataupun anda telah clearkan cookies, biasanya pihak ebay akan meminta kepastian melalui email ataupun nombor telefon.

 

 

4. Talian internet seperti Celcom, Maxis, Digi ataupun Unifi/Streamyx
Jangan buka akaun eBay guna wifi office, wifi starbuck, wifi kedai maple or cc. Gunakan wifi hotspot handphone ataupun wifi rumah. eBay sangat sensitif jika korang guna wifi public.
Ramai dah akaun kena suspend sebab ini. JANGAN GUNA U MOBILE sebab ramai yang kena suspend permanent guna internet u mobile.
SEBELUM BUKA AKAUN EBAY MATIKAN TALIAN INTERNET KEMUDIAN BUKA BALIK
Jika nak buka hanya satu akaun eBay sahaja, tiada masalah guna talian internet dari mana-mana telco. Tetapi kalau nak buka banyak akaun, korang kena pastikan yang ip address korang berbeza setiap kali ingin membuka akaun ebay yang lain. Cara nak tentukan ip address adalah dengan google “what is my ip address”. Sebagai contoh boleh lihat di bawah

Kemudian matikan talian internet. Dan buka kembali talian internet di user windows yang berbeza. Cara nak buka user akan diterangkan di bawah. Selepas buka user yang berlainan, semak samada ip address korang berbeza ataupun tidak. Jika berbeza memang dah boleh pakai talian internet itu.

Ingat ye, cara ini hanya untuk yang buka beberapa akaun eBay. Kalau hanya satu akaun eBay sahaja tidak perlu buat.

 

5. Jangan jual makanan untuk akaun baru
Untuk akaun baru kami tak jual makanan. Kami jual barang macam alat tulis, sarung bantal dan acuan buat kuih. Itu contoh yang kami jual.
eBay sensitif jika akaun baru jual makanan ataupun apa-apa barang yang masuk mulut seperti ubatan ataupun susu. Jangan jual ataupun listing barang ni untuk akaun baru.
Kami jual barang makanan selepas 2 bulan akaun verify dengan eBay. Sampai sekarang masih lagi jual barang makanan. Tapi ingat ye akaun baru jangan jual.

 

6. Cara buka user untuk buat beberapa akaun eBay dan Payoneer
Untuk yang belum buka akaun eBay, satu akaun sahaja sudah cukup. Mahirkan dulu selok belok ebay, macam mana penjual ebay berfungsi baru boleh fikir untuk buka banyak akaun.
Penjual lama di ebay yang lama memang ada banyak akaun. Tujuannya adalah katakan akaun 1 bermasalah, ada backup lagi akaun 2. Katakan akaun 2 bermasalah ada akaun 3. Begitulah seterusnya. Cara yang kami gunakan adalah dengan membuka beberapa user windows di laptop ataupun komputer. User 1 untuk akaun 1, user 2 untuk akaun 2, user 3 untuk akaun 3 dan juga seterusnya. Kami juga daftar akaun ebay dan PayPal menggunakan nama orang lain seperti

Akaun 1 nama korang
Akaun 2 nama pasangan
Akaun 3 nama emak
Dan seterusnya

 

INI SANGAT PENTING!
PASTIKAN SETIAP AKAUN EBAY DAN PAYONEER MENGGUNAKAN KAD DEBIT, NOMBOR TELEFON YANG BERBEZA

 

 

HANYA BUKA EMAIL ATAUPUN AKAUN EBAY DI USER BERKENAAN. KATAKAN USER 1, HANYA BUKA EMAIL DAN EBAY USER 1. JANGAN KORANG BERCAMPUR ADUK. KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK AKAUN DI SUSPEND

 

 

PASTIKAN MATIKAN TALIAN INTERNET DAN BUKA SEMULA TALIAN INTERNET UNTUK MENGUBAH IP ADDRESS

 

 

Cara-cara nak buka user di window
Langkah 1 : Klik di bahagian setting.

Langkah 2 : Klik Accounts

Langkah 3 : Klik Family & other people

Langkah 4 : Klik Add someone else to this PC

Langkah 5 : Klik I don’t have this person’s sign-in information

Langkah 6 : Klik Add a user without a Microsoft account

Langkah 7 : Letakkan nama username ebay yang korang nak buat

Langkah 8 : Katakan saya letak nama “User2” lepas tu klik Next

Langkah 9 : Tahniah kerana korang dah berjaya create user baru

 

 

Lepas dah berjaya. Log off user sekarang. Tutupkan talian internet. Buka user baru yang dah berjaya create. Hidupkan semula internet. Tengok IP address berubah ataupun tidak. Macam ini lah langkah demi langkah untuk jaga akaun ebay yang lebih dari satu.
Untuk pengguna laptop Mac, korang boleh buat user macam ini
System Preferences >> User & Groups >> Add a user account (lambang +)

 

 

Ingat ya, setiap user hanya buka akaun ebay dan email bagi akaun yang sama. Tak perlu login microsoft akaun ataupun apple id untuk user yang berbeza. Contohnya user 1 tak perlu login microsoft akaun ataupun apple id yang sama untuk user 2.

 

Kalau korang pening, tak payah buka banyak akaun. Macam yang diberitahu sebelum ini, buka hanya satu akaun dahulu. Mahirkan selok belok ebay. Lepas dah berjaya dan konsisten membuat jualan baru boleh fikir buka beberapa akaun. Kalau satu akaun masih tak konsisten jualan, kebiasaannya buka banyak mana akaun pun hasilnya masih sama.