Pendahuluan & Mindset yang betul buat duit dengan eBay

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana invest sesuatu yang mungkin akan merubah hidup anda.
Untuk Export mudah V2 ni kami upgrade kepada version sebelumnya iaitu Export Mudah V1. Untuk V1 kami tawarkan dari bulan Febuari 2019 dan kami masih update sehingga September 2021.

 

Apa yang anda baca dan tonton di Panduan Export Mudah V2 ini adalah hasil perkongsian pengalaman kami buat eBay secara fulltime dari penghujung tahun 2014.

 

Asbab eBay

Alhamdulillah asbab hasil dari eBay kami Tim Export Mudah sudah beli kereta, habis bayar kereta, beli kereta baru, beli rumah, jual rumah, buat investment lain, jual hasil investment tu.

Ianya bukan jalan yang singkat dan ianya bukan lah sesuatu yang mustahil. Ada ramai yang berjaya buat jualan dan ada beberapa orang buat fulltime asbab Panduan Export Mudah V1. Of course V2 ianya lebih advance dan terbaru.

 

Mindset yang betul buat eBay

eBay berbeza dengan Shopee dan Lazada. Ianya lebih leceh dan ketat sedikit. Sebab tu perlu baca eBook sebab kami kongsikan berdasarkan pengalaman sebenar dan juga pengalaman peserta V1.

 

Lautan tu luas. Tak perlu harungi pengalaman yang tak sepatutnya dengan membaca dahulu Panduan V2 ini.

 

Proses menjual di eBay memakan sedikit masa kerena untuk akaun baru anda hanya dapat menjual 5 item dengan selling limit MYR250. Sikit sangat tu kerana kalau tukarkan ke USD baru $50 ke $60 USD.

Selepas buka akaun sebagai seller dan akaun kena suspend, submit document yang eBay minta. Nanti selling limit akan naik kepada 50 item dan 4,100 MYR.

 

eBay hold payment

Untuk akaun baru eBay akan hold payment anda selama 21 hari. Jika sampai awal biasanya eBay akan release kurang dari 21 hari. Sebab itu kami galakkan pakai Express Shipping seperti DHL.

 

Jangan risau jika tiada akaun DHL Express, anda boleh gunakan BerkatPos.com. Ianya servis dari Tim Export Mudah. Kami akan gunakan DHL Express juga.
Sudah ramai yang menggunakan khidmat BerkatPos.com dan jana keuntungan. Servis BerkatPos.com terbuka kepada semua samada pembeli Panduan dan juga mereka yang tidak beli Panduan.

 

Biasanya jika guna Express Shipping barang akan sampai dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja jika tiada masalah. Masalah disini merujuk kepada cuaca, jika penerima ada dirumah, jika tiada masalah alamat dan juga jika ada pertanyaan tambahan dari kastam.

 

Buat duit di eBay tanpa packing & hantar barang

Ramai dah berjaya buat untung bersih 3 hingga 4 angka sebulan tanpa packing dan hantar barang. Mereka ini semua masih bekerja lagi dan buat eBay sebagai income tambahan.

 

Tak susah sebenarnya. Hanya perlu research barang di eBay dan list kan barang itu. Selepas ada sales hantar barang itu ke pejabat kami dan gunakan sistem BerkatPos.com.

Kami gunakan kurier DHL Express untuk hantar barang. Biasanya ianya mengambil masa 3 hingga 7 hari bekerja untuk sampai ke pembeli.

 

Jika beli barang di Shopee or lazada or supplier lain, hantarkan barang yang dah terjual itu ke opis kami. Kemudian kami akan timbang dan anda buat pembayaran berdasarkan berat yang kami timbang.

 

Jika beli barang di Shopee or lazada or supplier lain, hantarkan barang tiu ke opis kami. Kemudian kami akan timbang dan anda buat pembayaran berdasarkan berat yang kami timbang.

 

Gambar diatas adalah sebahagian barang yang sampai ke opis kami yang gunakan BerkatPos.com untuk hantar barang ke luar negara.

Selepas pihak terima pembayaran seperti dibawah, kami akan proses dan hantar. Didalam bab BerkatPos.com nanti kami akan cerita dengan lebih detail.

 

 

Nak hantar barang sendiri

Ada juga mereka yang nak packing barang sendiri dan kemudian hantar barang sendiri. Jangan risau, kami ada cover juga bab ni. Cara nak register pun ada diterangkan.

 

Networking

Hampir setiap hari kami Tim Export Mudah berhubung. Biasanya cerita mengenai eBay dan solusi.

Masalah memang akan wujud dalam apa jua yang kita buat. Ianya hanya bagaimana kita bertindak terhadap masalah itu.

Anda juga boleh buat networking dengan menghadiri Bengkel Export Mudah. Biasanya kami akan buat jika dapat kebenaran dari MKN. Semasa zaman tiada covid19 hampir setiap bulan kami anjurkan bengkel.

 

Setiap hari ada sales

 

Alhamdulillah sejak 2014 kami Tim Export Mudah ada sales setiap hari. Tak kisah lah hari raya, Raya Haji, Raya Cina ataupun segala jenis raya dan cuti.
Dah memang kami fulltime dengan ada opis dan juga staff yang handle order eBay. Tak boleh buat kerja main-main.