Penawar Penyakit Kencing Manis & Darah Tinggi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Ini salah satu cara menggunakan kaedah perubatan tradisional dalam mengubati penyakit Kencing manis, darah tinggi & segala penyakit jantung yang dialami oleh manusia zaman ini.

Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan penyakit kencing manis yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.

Penawar Kencing Manis

Di sini saya ingin berkongsi salah satu penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.

Bahan:
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda.
Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda.
Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.
Letakkan kelapa di atas dapur/api.
Minumlah airnya dalam keadaan suam.
1 biji kelapa untuk 2 hari minum.
Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Sumber :
Ustaz Sharhan Shafie

Nukilan Oleh :
Muhd Rizal Baharom
Jabatan Pertanian Malaysia

 

8 thoughts on “Penawar Penyakit Kencing Manis & Darah Tinggi”

  1. saya ade pertanyaan tentang memasak buah kelapa itu…saya sudah mencuba memasaknya lebih kurang dalam 15 minit di atas dapur sehingga kulit luar kelapa menjadi hitam..tetapi air di dalam buah kelapa tersebut tidak juga panas..jadi persoalanya..berapa lamakah perlu saya jerang buah kelapa bersama dengan bahan2 tersebut..?perlukah hingga air kelapa tadi mendidh atau sekadar cukup panas sahaja…terima kasih

  2. Terima kasih atas perkongsian. Baru sy tau ada petua utk rawat kencing manis & darah tinggi.. tp adakah petua ini berkesan utk mereka yg telah lama mengidap penyakit2 tersebut atau hanya mereka yg baru suspect atau detect?

  3. Insya Allah… boleh cuba kaedah yang disyorkan sebagai alternatif. Tetapi, rawatan dari hospital pun perlu ikut juga. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik. Aminn..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *