Nama Malaikat Dan Tugasannya

Beriman kepada malaikat bererti percaya atau meyakini dengan sepenuh hati akan adanya malaikat Allah swt yang mempunyai tugas untuk melaksanakan segala perintahNya.Cara beriman kepada malaikat adalah dengan mengenal dan mengetahui sifat dan tugas masing-masing malaikat…

Dengan mengetahui sifat dan tugas tersebut, kita dapat lebih meyakini bahwa malaikat benar-benar ada. Salah satu bukti bahwa malaikat benar-benar ada adalah adanya wahyu Allah yang diturunkan kepada para Nabi.

 

Wajib berpegang bahawa Malaikat itu ada dan berbilang-bilang. Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 10 sahaja,….

1.Tugas Malaikat Jibril : Menyampaikan wahyu

2.Tugas Malaikat Mikail : Menurunkan rezeki

3.Tugas Malaikat Israfil : Meniup sangkakala

4.Tugas Malaikat Mungkar : Menyoal orang dalam kubur

5. Tugas Malaikat Nakir : Menyoal orang dalam kubur

6. Tugas Malaikat Izrail : Mencabut nyawa

7.Tugas Malaikat Rakib : Mencatit amalan yang baik

8.Tugas Malaikat Atid : Mencatit amalan yang buruk

9.Tugas Malaikat Malik : Menjaga neraka

10.Tugas Malaikat Ridhwan : Menjaga syurga

 

Sifat-sifat Malaikat.

Di dalam al-Qur’an maupun hadis ada  diterangkan tentang sifat-sifatnya.Malaikat memiliki sifat-sifat yang berbeza dengan manusia. Sifat-sifat tersebut antara lain:

1. Malaikat sangat patuh dan taat dalam melaksanakan segala perintah Allah serta tidak pernah derhaka kepadaNya.

2. Malaikat dapat berubah bentuk apa saja atas izin Allah.

3. Malaikat sentiasa bertasbih kepada Allah swt dan tidak merasa lelah atau bosan.

4. Malaikat tidak memiliki hawa nafsu, kerana mereka tidak makan, minum atau tidur. Malaikat suci dari berbuat dosa.

5. Malaikat tidak pernah sombong atau takabur dan selalu mengikuti perintah Allah.

 

SUMBER : 
ariffadholi.blogspot.com

 

2 thoughts on “Nama Malaikat Dan Tugasannya”

  1. betul tu cikgu.. kita beriman kepada malaikat bukan sekadar hanya tahu nama dan tugasanya sahaja.. sebenarnya kita mesti meyakini kewujudannya,kerana malaikat antara perkara2 sam’iyyat (perkara ghaib yang diperolehi dari al-quraan dan hadis)…

Leave a Reply to Wan Fauzi™ Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *