Cerita Sekumpulan Katak

katak

Sekumpulan katak sedang bergerak di dalam belukar, tiba-tiba ada dua daripada mereka jatuh ke dalam satu lubang hitam yang dalam.

Katakkatak yang lain yang nampak kedalaman lubang tersebut memberitahu dua ekor katak tersebut, “Matilah kamu berdua.”

Dua-dua katak itu cuba melompat keluar sekuat mungkin dari lubang itu. Tapi mereka tidak berjaya. Dan katak lain menyuruh mereka berhenti mencuba keluar dari lubang tersebut.

Satu daripada 2 ekor katak tersebut mendengar apa yang dkatakan katak lain lalu berputus asa.

Seekor lagi terus mencuba. Katak lain terus menyuruhnya berputus asa.

Akhirnya seekor katak ini berjaya melompat keluar dan katak lain terkejut.

“Mengapa dia tak dengar cakap-cakap kita ya,: tanya mereka semasa sendiri.

“Sebab, dia itu pekak,” kata seorang sahabat katak yang datang.

Kisah ini membawa dua pengajaran:

1.Perkara yang keluar daripada mulut sesiapa – boleh membantu orang yang sedang muram utnuk membolehkan mereka senyum semula

2. Jangan sesekali guna bahasa kesat kepada mereka yang muram kerana ia boleh membunuh seseorang (seperti katak pertama).

“Berwaspada dengan apa yang kita katakan. Sesiapa sahaja boleh bercakap sesuatu tetapi di salah tempat, ia akan menyebabkan semangat sesorang untuk mengharungi masalah runtuh.

Senyum

8 thoughts on “Cerita Sekumpulan Katak”

  1. aiyh..punyalah byk binatang kt dunia ni katak juga yg admin ketengahkan hii..tpi bgus pengisian mudh utk d fahami.

    pst..bila nak pasang iklan nuff?

  2. jgn selalu suka dgr ckp org.ikut gerak hati pasti klu kita buat perkara baik insyallh akn d permudahkan.

Leave a Reply to Imran Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *