Kelebihan Bulan Ramadhan & Keistimewaanya

Bulan Ramadhan

Telah Datang Kepada Kita Bulan Kebaikan,Bulan Keberkatan,Bulan Lambakan Pahala & Kasih Sayang Allah,Bulan Yang Ditunggu-Tunggu Oleh Para Kekasih. Jadi sama-sama ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di dalam bulan Ramadhan.

Dari Abu Hurairah ra,Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan pengharapan,maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

 

Lafaz niat untuk sebulan :

Niat Puasa Ramadhan Sebulan

Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

 

Lafaz niat untuk harian :

Niat Puasa Ramadhan Harian

Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

 

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

Doa Buka Puasa

 

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.

 

Antara Kelebihan Bulan Ramadhan & Keistimewaanya :

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

“Ramadhan Karem Kepada Seluruh Umat Islam”

3 thoughts on “Kelebihan Bulan Ramadhan & Keistimewaanya”

  1. Malam yang mulia malam Lailatul Qadar, Malam yang dicari oleh semua orang yang berpuasa dengan mengerjakan amal ibadat. Malam yang terbaik dan lebih baik dari 10OO bulan2 yang lain.

Leave a Reply to Mohd Helmi Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *