Hukum Waris Mengantikan Solat Orang Mati

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Adakah anak perlu mengantikan solat untuk ibunya yang telah meninggal dunia dan jika solat yang ditinggalkan itu bertahun-tahun lamanya bagaimanakah untuk mengantikan solat tersebut ?…JAWAPANAl-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Majmu’ Syarah Muhazzab dan Minhaj al-Tholibin bahawa solat tidaklah perlu diqadha’kan oleh waris orang yang meninggal dunia tersebut. Fidyah juga tidak perlu dibayar bagi menggantikannya.

Ini kerana tiada nas syarak pada membenarkan qada’ solat untuk orang yang telah meninggal dunia. Disebutkan bahawa al-Imam Qadhi Iyadh rahimahullah mengatakan bahawa perkara ini merupakan ijma’ para ulama(berkenaan tiadanya qada’ solat bagi oaring yang telah meninggal).

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Di dalam satu riwayat yang disebutkan oleh al-Imam Syafie, dibenarkan untuk waris bagi si mati untuk mengeluarkan satu mud beras @ makanan asasi(510 gram mengikut timbangan sekarang) mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.Ini juga seperti yang dipegang oleh al-Imam Baghawi rahimahullah.

Sebaiknya kita mengikut pendapat yang dipegang oleh Jumhur para ulama iaitu tidak perlu untuk mengqada’kan solat untuk si mati tersebut bagi warisnya dan tidak perlu dikeluarkan fidyah untuknya.Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Majmu’ Syarah Muhazzab jilid 6 mukasurat 271 Cetakan A’lam Kutub.

2. Mughni Muhtaj Syarah Minhaj al-Tholibin jilid 1 mukasurat 623 Cetakan Darul Usma’

Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin danTafsir ,
Universiti Al-Azhar.

4 thoughts on “Hukum Waris Mengantikan Solat Orang Mati”

  1. Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of
    any widgets I could add to my blog that automatically tweet
    my newest twitter updates. I’ve been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Leave a Reply to titan Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *