Apakah Hukum Kahwin Pasangan Zina

Perkahwinan seumpama ini pada zaman sekarang, memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, maka cepat- cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama ustaz di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya:

Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tuan-tuan Imam, tuan-tuan Kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…

Sepakat para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilahmengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama.

Titik perselisihan dikalangan para ulama bukanlah pada permasalahan perkahwinan antara penzina lelaki dengan penzina wanita tersebut. Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.

Penjelasan Oleh Ustaz Zaharudin Dengan Lebih Meneliti Isu Semasa :

Jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini.

Kesimpulan Ustaz Zaharudin

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertaubat.

HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA

Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala Jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu.
Titik perselisihan tersebut berlaku berdasarkan pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.

Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.

Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:

لا يحرم الحرام الحلال

Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).

Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.

Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.

Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.

Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.

Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.

Manakala permasalahan nasab bagi anak zina ????…

Adakah anak zina dinasabkan kepada lelaki yang melakukan penzinaan dengan wanita yang melahirkan anak zina tersebut?Terima kasih kepada yang bertanya berkenaan perkara ini.Mengikut pendapat para ulama,seperti yang disebutkan di dalam kitab Fatawa al-Islamiyah oleh Majlis Fatwa Ulama Mesir : Anak tersebut tidak akan dinasabkan kepada lelaki tersebut.Ini kerana anak tersebut tidaklah diiktiraf sebagai anaknya.Jika kita menasabkan anak tersebut kepada lelaki berkenaan maka seolah-olah kita telah mengiktiraf perbuatan kejinya tersebut.

Nasab seseorang tersebut hanya sah jika berlaku melalui perkahwinan yang sah.Ini adalah mengikut kepada pendapat kebanyakkan ulama di dalam mazhab Maliki,Syafie dan Hanbali.

Manakala mengikut pendapat sebahagian ulama bermazhab Hanafi rahimahumullah mengatakan bahawa jika anak tersebut lahir selepas 6 bulan perkahwinan dilangsungkan maka anak tersebut bolehlah dinasabkan kepada lelaki berkenaan(yang melakukan perbuatan keji tersebut). Tetapi jika bayi tersebut dilahirkan kurang daripada 6 bulan selepas perkahwinan dilangsungkan maka anak tersebut tidaklah dinasabkan kepada si lelaki tersebut.

Gambaran mudah di dalam memahami permasalahan yang disebutkan oleh para ulama bermazhab Hanafi ini ialah seperti berikut:

A telah melakukan perzinaan dengan B (na’uzubillah).Selepas 2 bulan ,dilakukan pemeriksaan doktor dan B didapati mengandung 2 bulan.Sebaik mendengar berita tersebut maka si A terus mengahwini si B tersebut.Selepas 7 bulan perkahwinan maka kandungan tersebut telah mencapai 9 bulan dan bayi tersebut dilahirkan.Maka mengikut pendapat para ulama bermazhab Hanafi bayi tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki terbabit.

Tetapi sebaiknya kita mengikut dan berpegang dengan pendapat kebanyakkan para ulama yang tidak meletakkan nasab bayi tersebut kepada lelaki berkenaan.Ini kerana,jika kita menggunakan pendapat yang kedua,bimbang akan berlaku penyalahgunaan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Saya cuma menyampaikan amanah ilmu.

KESIMPULAN

Setelah kita bahaskan dengan ringkas, maka jelaslah bahawa perkahwinan tersebut sah.Tiada masalah padanya. Saya berpandangan mungkin Imam tersebut bercampur permasalahan di antara perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita dan permasalahan perkahwinan penzina wanita dengan lelaki yang suci. Ini memerlukan pengkajian yang teliti.Islam adalah agama yang mudah dan memberikan rahmat kepada umatnya.Sayugialah bagi seorang alim untuk mengkaji terlebih dahulu sebelum menjawab segala persoalan. Bimbang akan menyusahkan masyarakat.

Sebaiknya jika berlaku sebarang permasalahan perlu dirujuk kepada pihak berwajib yang berhak untuk menentukan perkara ini dengan sebaiknya.
Wallallahu a’lam.
Rujukan:
1. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili cetakan Darul Fikr Syria Jilid 9 mukasurat 6648-6650
2. Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali al-Shabuni cetakan Darul Shabuni Jilid 2.
3. Fatawa Darul Ifta’ Misriyah jilid 8
4. Fatawa Syeikh Ali Jum’ah Jilid 1
5. Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili jilid 9 cetakan Darul Fikr
6. Fatawa Islamiyah oleh Darul Ifta’ Misriyyah jilid 2.
Sumber :
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
Usuluddin Jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar
Ustaz Zaharudin Bin Abdul Rahman
Pensyarah kanan (UIAM)
PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom.

10 thoughts on “Apakah Hukum Kahwin Pasangan Zina”

  1. Assalamualaikum..sy maya bru berapa bulan memeluk agama islam..sy telah dtangkap duduk dlm rumah dengan boyfriend.asalnya rumah tu rumah family tapi semua keluar..sy bw boyfriend sy balik rumah dan tidak tahu pon family sy tidak ada druma..sampai druma kami hanya berdua..dalam setengah lepas itu jaim datang..kami ditangkap…kami pernah terlanjur dan skrg sy hamil dlm 3 bln..saya asal sarawak boyfriend sy sabah..apakah yang harus kami lakukan tuk perbetolkan kesalahan kami ini?

  2. Salam. sy ingin berkongsi cerita dan brtanya berkenaan prkhwinan krna zina. sy mengenali wanita n lelaki ini, dan mereka sudah brtunang ketika itu. Semasa mereka brnikah, si wanita sbnarnya telah mengandung beberapa bulan dan tiada siapa yg tahu krana perut si wanita tidak kelihatan seperti mengandung dan yg tahu hal trsebut hanya lah si lelaki, tunangan nya. 2 bulan selepas bernikah, si wanita melahirkan anak dgn cukup sifat dan cukup bulan, dan seluruh keluarga terkejut kerana bermakna anak mereka melahirkan anak luar nikah. Sy sndiri juga trkejut dan tak menyangka si wanita begitu pandai menyembunyikan bhawa dia mmg sarat mengandung sblum nikah. Soalan saya, apa pandangan ulama @ ahli agama mengenai hal ini? Memandangkn sekarang hubungan saya dan keluarga si wanita berkenaan sudah tidak baik kerana beberapa perkara, brdasarkan artikel sy trpukul utk memberitahu tentang status perkahwinan mereka tetapi mendapati agak sukar untuk saya memberitahu dan menegur berkenaan status perkahwinan mereka bhawa mereka skrg hidup dlm perkahwinan tidak sah kerana si lelaki bernikah dgn si wanita ketika si wanita sudah mengandung kerana sudah tidak baik dgn keluarga trsebut. Sekarang, anak luar nikah si wanita dan si lelaki tersebut sudah hampir berusia 2 tahun dan si lelaki dgn sewenang-wenangnya berBINkan anak lelaki tersebut dgn nama nya.
    Adakah berdosa besar pada saya kerana membiarkan hal ini berlaku? Sy tak dapat menegur kerana hubungan sy dgn keluarga tersebut tidak lagi baik kerana byk perkara tidak elok dr segi agama yg di buat keluarga tersebut dan demi menjaga nama baik sy dan tidak mahu turut sama terpalit dosa @ bersubahat secara tidak langsung, sy memutuskan utk tidak lagi berhubungan dgn keluarga mereka. Saya takot di bebani dgn dosa kerana tidak menegur n memberitahu perkara ini.

  3. Mohd Masri bin Hjai Basir

    salam,

    Saya ingin mengetahui apa kah hukumnya jikalau seorang suami mengetahui isterinya berzina dengan suami orang lain dengan adanya bukti2 bergambar dan isterinya tersebut mengaku kehilaffannya dan mahu bertaubat.

    Adakah suami berhak melaporkan kepejabat ugama diatas pengakuan isteri dengan bukti2 yang ada sebelum menerima taubatnya?

    Sebelum itu isteri pernah di larang berkali kali untuk menjauhi lelaki tersebut tapi enggan di hiraukan sampai terlanjur berzina..

  4. perkongsian yg sngat baik….cuma…ada sedikit persoalan….apakah wajib pasangan penzina itu berkakwin?? walau pun xdpt anak…

  5. Salam… Saya nak tanya…, seorang hamba Allah telah melakukan zina… Hasil dari zina itu wanita tersebut mengandung…. Maka si ayah wanita tersebut telah menikahkan keduanya… Tetapi selepas bersalin ..si ayah menyuruh keduanya bernikah semula… Ini kerana nikah yg mula2 untuk mereka.. Dan nikah yang keduanya untuk anak mereka….dan ank itu ber bin kan Abdullah….soalan saya… Mmg perlu bernikah skli lagi @ tidak perlu… Ada yang mengatakan tidak perlu bernikah semula… So saya keliru dgn jwpn yg di berikan… T.kasih

  6. Tujuan di nikah kan semula adalah supaya keturunan ank itu tidak di kira berzina…Waallahalm..

  7. assalamualaikum ustaz.. saya ingin bertanyakan tentang beberapa perkara yg saya kurang tahu. saya mengalami masalah dimana saya sedang bercinta dengan suami kepada sepupu 1 kali. ibu bapa dan ahli keluarga pihak saya membantah habis-habisan hubungan kami sehinggalah kami merancang untuk menamatkan konflik yang berlaku antara keluarga.. keluarga saya sedang porak poranda oleh kerana hal kami. isteri nya( sepupu 1kali saya) telah redha dengan pilihan suaminya dan membenarkan kami untuk bernikah. namun ibu bapa saya tidak mungkin akan merestui niat halal kami .apa harus kami lakukan ustaz?? apa hukum nya jika kami teruskan niat kami untuk bernikah namun tanpa wali ayah kandung saya sendiri dek kerana tidak merestui hubungan kami. saya berharap ustaz dapat membantu saya sedikit sebanyak info ..saya buntu ustaz. keluarga dari pihak lelaki bersetuju jika kami nikah alhamdulillah… cuma keadaan sekarang keluarga saya tidak akan merestui perkahwinan kami. tambahan pula ibu saya berkata tidak akan menerima perkahwinan kami dunia akhirat… apa harus kami lakukan ustaz? saya dan lelaki ingin bernikah dan mendapat keredhaan Allah s.w.t oleh kerana lalai jauh tersimpang dari jalan kebenaran.. bantu kami ustaz. sekian terima kasih. assalamualaikum

  8. Assalamualaikumm.
    Sya mau bertanya..seorang isteri telah hamil bukan dengan suaminya yg sah..
    Jadi persoalannya..haruskah pasangan tersebut berkahwin semula?

  9. assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanyakan soalan. saya mempunyai seorang kawan lelaki dan kawan perempuan. Bulan 2 tahun ini mereka telsah berkahwin. tetapi 2 minggu kemudia mereka memberitahu kami bahawa isterinya sudah hamil 3 bulan. kami agak terkejut dengan berita tersebut. soalan saya, adakah perkahwinan mereka itu sah di sisi islam. saya harap ustaz dapat tolong saya

Leave a Reply to Sara Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *