Hari Syria Sedunia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Hari Sedunia

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi selamat tiba di Kaherah dua hari lalu, hari Selasa bagi menyertai umat Islam di Mesir dan seluruh dunia menghadiri sambutan menyokong perjuangan rakyat Syria ….

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh beliau minggu lalu menyeru umat Islam menjadikan Jumaat 14 Jun sebagai ” Hari Bantuan kepada Rakyat Syria “.

Beliau yang tiba dari Doha, Qatar berada di atas kerusi roda akan menghadiri ijtimak anjuran Majlis Penyelaras Islam Antarabangsa bertemakan ” Pendirian Ulamak Ummah Berhadapan Isu Syria semalam, Khamis.

Di Mesir pula dimaklumkan, para ulama’ dunia termasuk Syaikh Qaradhawi telah tiba di Kaherah dalam rangka program ulama’ dunia bersama perjuangan rakyat Syria.

Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi

Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin Dr.Mahmoud Hussein:

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Ikhwan Muslimin akan menganjurkan perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Syria bersama dengan pertubuhan Islam yang lain seperti berikut:

-Hari Khamis, 13 Jun: Perhimpunan akan diadakan di Pasar Kereta (Suq Sayyarat), Nasr City sejurus selepas Ijtimak Ulamak Ummah berakhir.

-Hari Jumaat,14 Jun: Himpunan selepas solat Jumaat di Masjid ‘Amru bin Al-‘As dengan dihadiri oleh Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Dunia Prof.Dr.Syeikh Yusuf Al-Qardhawi serta ulamak Saudi Syeikh Muhammad ‘Arifi.

-Hari Sabtu 15 Jun: Himpunan di Dewan Persidangan Kaherah yang turut dihadiri oleh Presiden Mesir Dr.Mohammed Morsi.

Manakala di Nusantara, di Indonesia telah digerakkan road show dan juga dibeberapa buah negara lagi termasuk Malaysia.

Umat Islam di Kuwait juga telah mengadakan himpunan di hadapan kedutaan Iran bagi menyatakan protes terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim tersebut di Syria .

Sejak konflik Syria meletus dua tahun yang lalu, kini bilangan yang gugur terkorban/syahid melebihi 93 ribu orang mangsa. Jumlah yang sebenar mungkin lebih besar dari apa yang telah disiarkan. – Hak Asasi Manusia PBB

 

Marilah kita terus berdoa agar rakyat Syria dibebaskan dari kezaliman,
Semoga Allah membantu saudara-saudara kita di Syria…..

 

3 thoughts on “Hari Syria Sedunia”

Leave a Reply to Denaihati Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *