Fakta Sejarah Hari Valentine

RAMAI pahlawan kristien yang mati dinamakan Valentine. Perajurit Valentines yang diberi penghormatan pada 14 Februari ada dua orang. Valentine`s of Rome dan Valentine of Terni. Valentine`s of Rom adalah seorang paderi di Rom yang telah mati pada tahun 269, dan dibakar di Via Flamina….

Barang peninggalannya terdapat di Church of Saint Praxed idi Rome, dan di Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Ireland.

Valentine`s of Terni pula mula menjadi seorang bishop di Interamna (Terni Moden) sekitar tahun 197 dan dikatakan mati atas penganiayaan Kerajaan Aurelian. Dia juga dibakar di Via Flaminia, tetapi di lokasi berbeza dari Valentine`s of Rome. Peninggalannya terdapat di The Basilica of Saint Valentine di Terni.

Ensiklopidia Katolik juga menyebutkan individu ketiga bagi gelaran Valentine yang didakwa mati pada 14 Februari. Dia mati di Afrika dengan beberapa pengikutnya yang lain. Namun dia tidak begitu dikenali.

Tiada unsur Romantis yang berlaku pada sejarah ketiga-tiga orang tersebut. Namun setelah beberapa lama, Saint Valentine telah menjadi sumber Romantis pada abad ke-14. Ia merupakan rekaan yang sengaja dibuat-buat.

Pada tahun 1969, the Roman Catholic Calendar of Saints berlaku perubahan. Perayaan Saint Valentine pada 14 Februari telah dibuang dari General Roman Calendar dan diturunkan kepada kalender khusus (tempatan ataupun kebangsaan) disebabkan alasan berikut:

“Memandangkan peringatan Saint Valentine adalah peringatan kuno, maka ia ditinggalkan kepada kalender khusus, berikutan bahagian dari namanya, tiada yang diketahui tentang Saint Valentine melainkan dia dibakar di Via Flamina pada 14 Februari”.

 

Disediakan oleh :
Syihabuddin Ahmad
Sahabat MANHAL PMRAM

_________________________

Artikel ini diambil dari buku :
“Apa Erti Cinta” hasil tulisan
Ustaz Syihabudin Ahmad MY.

([3])Ruj. Artikel “Legenda Aurea, “Saint Valentine”, catholic-forum.com.
([4]) Ruj. Artikel “The History of Valentine’s Day”. History.com.
([5])Ruj. Artikel “History of Valentine’s day”. TheHolidaySpot.com

 

3 thoughts on “Fakta Sejarah Hari Valentine”

  1. Magnificent piece from you, man. I actually like what you have said here, certainly like what you’re stating and how you say it. You have made this entertaining and you still keep it practical. I can not wait to read more articles from you. This is really a great web site.

Leave a Reply to Denaihati Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *