Pengenalan Ebay & Payoneer

 

Bagi yang belum tahu apa itu eBay, ianya adalah platform untuk menjual barang. eBay lebih popular di luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Australia berbanding pengguna tempatan.

 

eBay sama seperti Lazada, shopee, 11street, lelong. Ianya adalah paltform untuk menjual. Website untuk ebay USA adalah di ebay.com,ebay United Kingdom di ebay.co.uk, ebay Australia adalah ebay.com.au dan untuk ebay Malaysia adalah ebay.com.my.

 

Biasanya orang yang memasuki ebay, mereka memang hendak mencari barang. Sama seperti shopee dan Lazada, mereka yang memasuki website ebay hanya untuk membeli barang. Berbeza pula dengan laman sosial seperti facebook, mereka yang melayari facebook mungkin hendak mengisi masa lapang ataupun bersosial.

 

Soalan yang biasa orang tanya, kalau jual kat luar negara, macam mana pembeli nak bayar? Diorang bukannya ada maybank2u, cimbclicks ataupun bank tempatan. Kena buka akaun bank USA ke?

Jawapannya adalah akaun Payoneer. Mereka akan membayar dengan menggunakan akaun akaun bank mereka, kad kredit, kad debit, Google Pay ataupun Apple Pay.

 

Apa yang best kalau menjual di ebay adalah :

  • Tak perlu buat Facebook Ads ataupun Google Ads. Jualan barang di ebay yang sudah sedia ada trafik berbilion setiap bulan dan potensi untuk terjual memang tinggi kerana sudah ada ready buyer
  • Tak perlukan email list
  • Modal yang tidak besar untuk permulaan. Kurang RM50 pun dah boleh mula menjual sekiranya sudah ada laptop, talian internet dan juga kad debit. Modal disini brmaksud buka akaun eBay, Payoneer
  • Tak perlu membuat video,website ataupun copywriting. Kalau barang memang laku keras, tulis sikit sahaja description dah boleh terjual