Cara nak gunakan eBook Export Mudah V2

 

Tahniah anda sudah buat pelaburan upgrade diri dalam ilmu eBay.

Panduan Export Mudah V2 dikongsi berdasarkan pengalaman 4 orang yang jadikan eBay sebagai salah satu sumber pendapatan utama.

 

Dari kiri Fazley, Farhan, Pok Nik & Asari.

Bagi yang belum ada akaun eBay baca tajuk satu-satu sehingga bab 14. Bagi yang sudah ada akaun eBay dengan PayPal sebelum ini boleh terus refer bab 5.

Jangan jual makanan dahulu untuk akaun baru. Banyak lagi benda yang boleh dijual. Just aplikasikan seperti dalam bab spy produk laku di eBay.

Ada beberapa lagi rules eBay yang ikut pengalaman kami dan juga pengguna Panduan Export Mudah V1 dalam bab 3. Baca dulu bagi elakkan akaun kena suspend permanent.

 

Group Support Facebook

Banyak persoalan yang ditanya ada jawapannya di group support Facebook Export Mudah V2. Boleh search dahulu soalan di group itu dan biasanya jawapan ada disitu.

 

Boleh cari jawapan di button search seperti diatas. Taip sahaja soalan dan biasanya akan ada jawapan. Jika tiada jawapan boleh tanya disitu ataupun klik hubungi kami dibawah ini.

Insha Allah dalam masa 24 hingga 48 jam hari bekerja akan dibalas oleh tim kami. Hari cuti biasanya tim kami cuti juga ye.

 

Kurier untuk pos barang ke luar negara

Biasanya ini antara masalah yang orang nak tahu. Jangan risau dalam bab kurier kami ada terangkan.

Kami Tim Export Mudah gunakan kurier DHL Express untuk penghantaran barang ke luar negara.

Bagi yang tiada akaun DHL jangan risau. Boleh guna servis BerkatPos.com. Ianya perkhidmatan dari Tim Export Mudah untuk hantar barang ke luar negara menggunakan DHL Express.

Jika ada sales hanya perlu hantar ke opis kami dan dalam masa sehari bekerja kami akan hantar ke luar negara. Kerja anda mudah.

Ahli group Export Mudah ada juga kongsi pengalaman menggunakan khidmat Flicpost dan juga web2ship. Boleh baca di rentassempadan.com ataupun klik link dibawah

Cara guna flickpost

Cara guna web2ship

Selain dari eBook ini korang boleh baca juga di website RentasSempadan.com . Disitu akan ada artikel terbaru mengenai eBay dan ecommerce.

 

 


 

 

Ada Pertanyaan?

Sekiranya anda kurang faham atau ada pertanyaan yang berkaitan, mohon hubungi kami beserta soalan yang lengkap untuk memudahkan kami memahami soalan dan seterusnya memberikan jawapan yang terbaik

 

Hubungi Kami