Cara buka international purchase di bank

 

 

Keuntungan eBay yang utama adalah dengan mengenakan caj kepada penjual bagi setiap transksi jualan yang berjaya dilakukan. Pejabat bahagian kewangan eBay di Switzeland.

 

Salah satu cara untuk bayar adalah dengan menggunakan debit kad jika hasil jualan tidak mencukupi. Sebab itu perlu aktifkan international purchase. Setiap bank berbeza caranya. Cara untuk aktifkan adalah seperti dibawah

 

1. Maybank

 

Log masuk laman maybank2u.com.my
Pilih tab Cards
Klik debit kard (3 dot)
Klik oversea activation
Oversea Debit Card Activation klik enable. Pilih 12 bulan terus dari tarikh hari ini
Debit card E-Commerce Activation klik enable juga. Pilih 12 bulan dari tarikh hari ini.

 

 

Dalam contoh diatas overseas debit card activation masih disabale. Anda perlu klik enable. Manakala debit card e-commerce activation sudah enabale.

 

Setiap perubahan biasanya memerlukan anda memasukkan nombor tac.

 

2. BSN

 

Bank BSN ni anda perlu aktifkan di mesin ATM. Perlu pergi ke cawangan BSN dan aktifkan.

 

Pilih penukaran pin / urusan lain

 

Pilih transaksi luar negara

 

Tekan YA

 

Boleh pilih mana ikut kesusuaian. Kami pilih pengaktifan kekal.

 

Masukkan tarikh hari ini. Kemudian pilih YA.

 

Sekarang ulang langkah sama macam diatas tetapi kali ini pilih pembelian atas talian.

 

Pilih pengaktifan kekal.

 

 

3. Bank lain

 

Untuk bank selain dari 2 bank ini anda perlu call customer service bank. Beritahu mereka yang anda mahu buat pembayaran ke luar negara dan perlu aktifkan international purchase dan beli barang online.

 

Kadang-kadang staf customer service tak faham. Beritahu yang nak beli barang di eBay luar negara. Nanti mereka faham.