Sfera Bumi Menurut Islam

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

dunia“Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam… (Surah Az-Zumar:5)…

Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai ‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya dunia adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera dunia telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa dunia berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur’an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.

 

5 thoughts on “Sfera Bumi Menurut Islam”

  1. salam jumaat..
    banyak yang kita tak perasan utk ayat itu tp bila di kaji lagi dalam ia membawa maksud yg mendalam dan luas

  2. Subhanallah..
    Ternyata Al Qur’an pun sudah menjelaskannya secara kiasan mengenai bentuk bumi, hanya orang2 yang berilmu yang dapat memahaminya dan hanya orang yang mukmim yang dapat menjadikannya penguat keimanan

Leave a Reply to suri Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *